Sri Andalas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 57:
Selang beberapa bulan kemudian, Datuk Panglima Karma serta pengikutnya tiba di Desa Kiban untuk mencari Andalas yang hilang dan dikhuatiri telah hanyut ke desa tersebut. Labu dan Pundor telah menunjukkan jalan untuk menemui Putera. Datuk Panglima Karma telah menjelaskan perkara sebenarnya. Ketika Tok ketua pulang dari memburu, Datuk Panglima Karma telah terserempak dengan Datuk Laksamana yang telah merajuk dan meninggalkan istana sejak sekian lama. Walaupun Datuk Laksamana tudak mengenali Datuk Panglima Karma kerana peristiwa itu berlaku Datuk Panglima Karma masih seusia macam Pundor. Tetapi disebabkan Datuk Panglima Karma adalah putera Datuk Panglima Terap baharulah Datuk Laksamana teringat semula. Tengku Andalas dan Datuk Laksamana sangat sedih diatas kemangkatan Sultan Inderapura. Di malam hari, Tedung dan pengikutnya telah menyerang rumah Tok ketua dan serangan dapat dipatahkan dan akhirnya Tedung berjaya ditikam oleh Mumbang dan dia sempat melarikan diri. Keesokkan harinya, Datuk Mangkubumi telah tiba di Desa Kiban diatas arahan baginda Sultan Tengku Teruna Jaya sebelum baginda meninggal dunia disebabkan penyakit misteri agar memanggil pulang kekandanya dan dinobatkan sebagai Sultan Inderapura yang baharu. Sewaktu Tengku Andalas menaiki tahkta sebagai Sultan Inderapura yang baharu. Baginda ingin melihat wajah adindanya buat kali terakhir tetapi pembesar istana tidak dapat berbuat demikian. Tiba-tiba Tengku Teruna Jaya muncul di Balairung Seri dan menjelaskan perkara sebenarnya serta mengizinkan agar pertabalan ini dijalankan diatas kerelaan dirinya sendiri. Tengku Teruna Jaya sempat menunjukkan ibunya yang menjadi gila kepada Tengku Andalas. Tengku Andalas telah memaafkan kesalahan bonda tirinya.
 
Sementara itu, Tedung yang masih terselamat dan dia telah menculik Melor sebagai tebusannya. Mumbang telah menyelamatkan Melor dan akhirnya Tedung telah mati tertikam dengan senjatanya sendirinyasendiri setelah bertarung hebat dengan Mumbang. Pada masa yang sama juga, Mayang telah selamat melahirkan seorang puteri. Keesokkan harinya, Baginda Sultan, Tengku Andalas tiba meraikan kelahiran puteri sulungnya.
 
{{endspoiler}}