Semalam Di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
 
==Ringkasan==
 
Mengisahkan Victor Abdullah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Victor telah berkenalan dengan Sandra seorang mahasiswa dari Indonesia yang ketika itu sedang mengadakan pertunjukan di Malaysia.
 
Sandra sempat memberitahu latar belakang kekasihnya kepada pembantu rumahnya, Ruminah. Victor telah terpisah dengan ibu dan adik perempuannya kerana kapal dagangannya telah karam dan terkandas di laut Malaysia. Nama asalnya semasa kecil adalah Jarot. Jarot dan ayahnya, Marot telah menaiki kapal dagangan tersebut. Sebelum meniggalkan Ruminah, Marot sempat menamakan jika anak yang akan dilahirkan adalah seorang perempuan, nama yang dipilih Marot ialah Salmah. Jika yang lahir seorang lelaki, Ruminah berhak menamakan anak tersebut. Ruminah selamat melahirkan seorang anak perempuan dan dinamakan Salmah. Selepas sekian lama menunggu, kedua-dua beranak tersebut masih tidak pulang dari laut. Ruminah dan Salmah berjumpa dengan juragan kapal Salim untuk bertanyakan khabar tentang keadaan suami dan anak lelakinya. Salim memberitahu, kapal dagangan tersebut mengalami kemalangan dan tiada seorang yang terselamat.
 
==Pelakon==