Nilam (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
==Ringkasan==
 
Mengisahkan Ahmad ([[S. Roomai Noor]]), seorang remaja lelaki yang lurus bendul yang dijaga oleh ibunya ([[Siti Tanjung Perak]]). Ibunya memberikan sebilah keris kepunyaan arwah ayahnya. Dia pernah berpesan agar keris ini diserahkan kepada Ahmad apabila dia sudah dewasa kelak. RahmadAhmad pergi belayar bersama Jaiman ([[Daeng Harris]]), seorang kawannya yang baru dikenali di Jawa. Mereka telah menjumpai teko ajaib lalu diusapnya sehingga membawa ke negara lain. Suatu hari, Puteri Nilam ([[Siput Sarawak]]), telah diganggu oleh seekor jin ifrit sehingga membuatkan beliau pengsan. Raja di negara tersebut telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat memulihkan anaknya dan sihat seperti sedia kala serta membunuh jin tersebut. Ahmad juga bersedia mengubati tuan puteri. Puteri Nilam boleh sembuh sendirinya dan beliau memasang cita-cita untuk mencari lelaki yang akan menyembuhkannya kelak. Beliau telah menyamar sebagai Kirana dan menutup sebahagian wajahnya membuat persembahan tarian di hadapan para tetamu. Salah seorang Datuk Bandar ([[P. Ramlee]]) telah terpikat dengan keayuan Kirana. Datuk Bandar telah melakukan kekerasan kepada Kirana. Ini membuatkan Rahmat masuk campur dan akhirnya kedua-duanya ditangkap diatas arahan Datuk Bandar. Sementara itu wajah yang seiras antara Jaiman dan Paiman telah merungsingkan Datuk Menteri dan Marjina iaitu isteri kepada Paiman. Setelah disiasat mereka adalah pasangan kembar yang terpisah sejak kecil. Ahmad dan Jaiman juga dibebaskan. Ahmad mendapat undangan bertemu dengan Kirana kerana membantunya tempoh hari. Kirana dan Ahmad menjadi pasangan kekasih. Puteri Nilam kerap diganggu oleh jin ifrit mujurlah Ahmad dan Jaiman datang tepat waktunya. Ahmad berjaya membunuh jin ifrit dan Puteri Nilam berjaya disembuhkan. Ahmad begitu teruja selama ini Kirana itu adalah Puteri Nilam.
 
==Pelakon==