Napoleon Bonaparte: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Bagus
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 47:
* dipulihkan untuk satu tempoh yang singkat sebagai Maharaja dari [[20 Mac]] hingga [[22 Jun]] [[1815]].
 
MuahahahahahhhhhhhSelama lebih kurang satu [[dekad]], angkatan-[[angkatan tentera]] Perancis di bawah pimpinannya bertempur dengan hampir setiap kuasa [[Eropah]] (biasanya dengan serentak) dan menguasai kebanyakan [[tanah besar]] barat dan tengah Eropah melalui penaklukan atau perikatan sehingga serangannya terhadap [[Rusia]] yang membawa kecelakaan pada tahun [[1812]]. Serangan ini diikuti oleh kekalahannya dalam [[Perang Leipzig]] pada Oktober [[1813]] yang menyebabkan beliau [[Penurunan dari takhta|turun dari takhta]] beberapa bulan kemudian dan [[buangan]]nya ke pulau [[Elba]]. Beliau mencuba memulihkan nasibnya dalam apa yang dikenali sebagai [[Seratus Hari]] (''les Cent Jours''), tetapi ditewaskan sekali lagi, kali ini secara muktamad dalam [[Perang Waterloo]] di tempat yang kini merupakan [[Belgium]] pada [[18 Jun]] [[1815]], diikuti oleh [[penyerahan kalah]] tidak lama kemudian kepada pihak [[Empayar British|British]] dan buangan ke pulau [[Saint Helena]] di mana beliau meninggal dunia enam tahun kemudian.
 
Walaupun Napoleoan sendiri tidak mengembangkan banyak pembaharuan tentera, selain daripada [[empat segi infantri]] yang dipergunakan di [[Mesir]] serta peletakan [[meriam]] dalam [[penyangga meriam]], beliau mempergunakan taktik yang terbaik daripada pelbagai sumber, dan memodenkan angkatan tentera Perancis untuk mencapai banyak kemenangan yang utama. Kempen-kempennya telah dikaji di akademi-akademi di seluruh dunia dan beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu daripada [[komander]] terutama yang pernah hidup. Selain daripada pencapaian tenteranya, Napoleon juga diingati untuk pengasasan [[Kod Napoleon]], dan sesetengah orang pula menganggap beliau sebagai salah satu daripada "[[Pemerintahan kuku besi berihsan|pemerintah kuku besi berihsan]]".