Loceng Maut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31:
{{spoiler}}
 
Mengisahkan tiga orang lanun (digambarkan seorang tertutup sebelah matanya, seorang memakai subang di telinga dan seorang lagi bertanda di dahi) datang ke sebuah pulau dan membunuh keluarga Andika ([[Omar Sharif]]). Andika ingin membalas dendam atas kematian ibu ([[Norizan Mohd Noor]]) dan adik lelakinya, Buyong ([[Zulkifli M. Osman]]. Sementara adik perempuannya, AyuniAluni ([[Faridah Ucok]]) diperkosa dan dilarikan. Andika mengambil keputusan untuk menuntut ilmu silat dengan seorang guru ([[M. Suki]]). Walaupun guru tersebut tidak mahu menerimanya sebagai anak murid, Andika tetap memujuk gurunya agar menerimanya juga demi menuntut keadilan keluarganya. Sehingga dia sanggup untuk memotong tangannya sendiri namun dihalang oleh gurunya. 5 tahun Andika dilatih sehingga dia menjadi seorang pendekar yang terulung. Andika dikurniakan sebilah pedang berhulu emas milik gurunya. Kini tiba masanya untuk Andika menuntut keadilan. Andika mula menjejaki musuh-musuhnya dan dia telah membebaskan seorang gadis ([[Teh Faridah]]) dari Durga ([[M. Shahdan]]). Andika tiba disebuah kampung yang dipenuhi dengan masyarakat yang suka berjudi. Disitulah Andika ternampak akan salah seorang dari 3 orang lanun iaitu seorang yang berkepala botak dan memakai subang di telinga. Dalam masa yang sama, Tok Penghulu ([[Yusof Haslam]]) tidak mahu lanun botak itu keluar dari kampungnya dengan wang kemenangan perjudian. Maka diarahkan orang-orangnya untuk memukul dan mencederakan lanun botak tersebut. Namun kesemuanya mudah ditewaskan oleh lanun botak tersebut dan Andika sengaja membantu agar lanun tersebut dibunuh ditangannya bukan di tangan orang lain. Andika terus bergelut dengan lanun botak tersebut sehingga si petualang tersebut terbunuh. Andika juga tercedera dek terkena tikaman dari pedang lanun botak tersebut. Dia diselamatkan oleh gadis yang pernah ditebusnya dari Durga dahulu.
 
==Pelakon==