Thomas Stamford Raffles: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Suntingan rehatan.
Baris 1:
[[Fail:StamfordRaffles.jpeg|thumb|250px|Sir Thomas Stamford Raffles.]]
 
'''Sir Thomas Stamford Raffles''' ([[6 Julai]] [[1781]] – [[5 Julai]] [[1826]]) adalahialah salah seorang yang menjumpai dan merekodkan [[Bunga Patma]] bersama dengan [[Dr Joseph Arnold]] pada tahun 1816. [[Bunga Patma]] spesies itu diberi nama ''Rafflesia arnoldii'' sempena nama mereka. [[Bunga Patma]] itu dijumpai di bandar Bangkahulu (''Bencoolen'') di Sumatera.
 
== Latar belakang keluarga ==
Tidak banyak diketahui tentang kedua-dua ibu bapa Raffles. Bapa Raffles, Kapten Benjamin Raffles, terlibat dalam perdagangan hamba di Kepulauan Carribean, dan meninggal dunia secara mengejut ketika Raffles baru berusia 14 tahun. Kematian ayahnya menyebabkan beban hutang ditanggung keluarganya. Sejurus kemudian, Raffles mulai bekerja sebagai seorang [[kerani]] di [[London]] untuk [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]], sebuah syarikat perdagangan Inggeris di luar negeri. Pada tahun [[1805]], Raffles diarah bertugas di [[Pulau Pinang]], sekarang merupakan sebuah negeri di negara [[Malaysia]], yang ketika itu digelar Prince of Wales Island.
 
== Raffles di Jawa ==
Raffles diangkatdilantik sebagai Leftenan Gabenor [[Jawa]] pada tahun [[1811]] dan dinaikkan pangkat sebagai Gabenor [[Sumatera]] tidak lama kemudian, ketika [[British]] mengambil alih jajahan-jajahan [[Belanda]] ketika Belanda diduduki oleh [[Napoleon Bonaparte]] dari [[Perancis]]. Ketika memegang jawatan sebagai pentadbir Hindia-Belanda (sekarang [[Indonesia]]), Raffles menguruskan banyak hal: beliau memperkenalkan autonomi terbatas, menghentikan perdagangan hamba, mengubah sistem tanah pemerintah kolonial Belanda, menyelidiki flora dan fauna Indonesia, meneliti peninggalan-peninggalan kuno seperti [[Candi Borobudur]] dan [[Candi Prambanan]], [[Sastera Jawa]] serta lain-lain. Dia mempelajari sendiri [[bahasa Melayu]] dan meneliti dokumen-dokumen sejarah Melayu yang dan mengilhamkan pencariannya akan Borobudur. Hasil penelitiannya di pulau Jawa dituliskan dalam sebuah buku berjudulkan ''History of Java'' (Sejarah Jawa), yang menceritakan sejarah Jawa. Raffles dibantu oleh pembantunya iaitu [[James Crawfurd]] dan Kolonel [[Colin Mackenzie]].
 
==Kembali dari Jawa==
[[Imej:Stamford Raffles statue.jpg|thumb|left|Patung Sir Stamford Raffles oleh [[Thomas Woolner]] di Singapura]]
Pada tahun [[1815]] Raffles kembali ke [[British]] setelah Jawa dikembalikan ke [[Belanda]] setelah Perang Napoleon selesai. Pada [[1817]], dia menulis dan menerbitkan buku ''History of Java'', yang menerangkan sejarah pulau itu sejak zaman kuno.
 
Tetapi pada tahun [[1818]], dia kembali ke Sumatera dan pada tanggal [[29 Januari]] [[1819]] dia mendirikan sebuah pos perdagangan bebas di sebelah selatan [[Semenanjung Malaysia]], yang dikenali sebagai [[Singapura]]. Hal ini merupakan langkah yang berani, berlawanan dengan keputusan British untuk tidak menyinggung Belanda di wilayah yang diakui berada di bawah pengaruh Belanda. Dalam masa enam minggu, beratus-ratus pedagang bermunculan untuk mengambil kesempatan berdagang di Singapura
 
Raffles menetapkan tarikh [[6 Februari]] tahun [[1819]] sebagai hari tertubuhnya Singapura moden. Kekuasaan ke atas pulau itu pun kemudian diberi kepada [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]]. Akhirnya pada tahun [[1823]], Raffles kembali ke England dan Singapura telah siap untuk berkembang menjadi [[pelabuhan]] terbesar di dunia.
 
==Raffles di [[England]]==
Di England, Raffles juga merupakan pendiri dan ketua pertama [[Persatuan Zoologi London]].
 
Dia meninggal sehari sebelum ulang tahunnya yang ke-45, pada [[5 Julai]] [[1826]], kerana strok.
Baris 26:
 
==Rafflesia==
Nama Raffles juga dipakai sebagai nama suatu [[genus]] daridaripada sekelompok [[tumbuhan]] [[parasit]] obligat, [[Rafflesia]], untuk menghormati jasa-jasanya. Salah satu jenisnya memiliki bunga sejati terbesar di dunia: [[Bunga Patma]] atau ''Rafflesia arnoldi'' yang menjadi salah satu dari [[bunga kebangsaan Indonesia]].
 
[[Kategori:Singapura]]