GST (Malaysia): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Joanna20 (bincang | sumb.)
→‎2010-an: Baiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 7:
 
===2010-an===
Semasa membentangkan [[Bajet 2014]] di [[Dewan Rakyat Malaysia|Dewan Rakyat]] pada 25 Oktober 2013, Perdana Menteri Datuk Seri NajibBabijib Razak mengumumkan GST sebanyak 6% bermula 1 April 2015. Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 telah dipersetujukan dan diluluskan di [[Dewan Rakyat]] pada 7 April 2014. Bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 telah dibentangkan oleh [[Kementerian Kewangan Malaysia|Timbalan Menteri Kewangan]], Datuk [[Ahmad Maslan]] pada 31 Mac 2014. Pada hari Khamis bertarikh 3 April 2014, bacaan kali kedua rang undang-undang ini dibahaskan bagi peringkat dasar. Hasil undi belah bahagian peringkat dasar yang dilakukan menunjukkan 118 undi bersetuju berbanding 81 undi tidak bersetuju supaya rang undang-undang ini dibacakan buat kali ketiga. Rang undang-undang ini kemudian dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk terbuka dibahas pada 7 April 2014, pada akhir perbahasan, suatu undi belah bahagian dilakukan. Hasil undi belah bahagian peringkat jawatankuasa mencatatkan 119 undi bersetuju berbanding 81 undi tidak bersetuju, rang undang-undang ini dipersetujukan di Dewan Rakyat. Beberapa minggu berikutnya, rang-undang-undang ini dibaca di Dewan Negara, terbuka untuk dibahas oleh Senator, dan dipersetujukan di Dewan Negara. Kedua-dua pihak merangkumi pihak penyokong kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian secara aktif dengan mengemukakan pelbagai pandangan sebelum rang undang-undang tersebut diluluskan. Melalui pelaksanaan GST ini, ia diharap dapat memberi banyak manfaat kepada orang ramai dan sedikit sebanyak membantu di dalam meningkatkan ekonomi negara.<ref>[http://www.parlimen.gov.my/gst_bill.html Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (2014) diluluskan di Dewan Rakyat].</ref>
 
==Maksud GST==