Perjanjian Pangkor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Membatalkan semakan 3863911 oleh 123.136.107.85 (Perbincangan) Tiada sebab perlu ditebalkan.
Baris 6:
== Sebab ==
[[Imej:SultanAbdullahPerak.jpg|thumb|left|Raja Muda Abdullah ibni Sultan Jaafar, Sultan Perak ke 26 dari 1874 - 1876]]
Perak merupakan pengeluar [[bijih timah|'''''bijih timah''''']] utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat [[Pulau Pinang]], [[Melaka]] dan [[Singapura]], menganggap [[negeri Perak|Perak]] sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti [[Perang Larut]] dan pergaduhan antara [[kongsi gelap]] [[Cina]] mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.
 
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan '''Raja-raja''' Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut yang ramai di Hulu Perak.
 
Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, [[Ghee Hin|'''Ghee Hin''']] yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan [[Kongsi gelap Hai San|Hai San]] yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.
 
Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada [[26 September]] [[1872]], Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campur tangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan menguasai perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874.