Merdeka Film Productions: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
Pada tahun 1960, Merdeka Film Enterprise telah bergabung dengan [[Shaw Brothers]] Ltd. dan Encik H.M. Shah (H. M. Shah telah menarik diri daripada menjadi rakan kongsi dengan Cathay-Keris), maka tertubuhlah sebuah lagi syarikat perfileman di Ulu Kelang, Selangor dengan nama Merdeka Filem Studio sebelum bertukar kepada Merdeka Film Productions. Filem pertama yang diterbitkan oleh Merdeka Film Productions ialah [[Filem Tun Tijah|Tun Tijah]] arahan [[L. Krishnan|Tan Sri L. Krishnan]] dan dibintangi oleh [[Abdullah Chik]], [[Salmah Ahmad]] dan [[Mustapha Maarof]]. Kebanyakan artis yang membintangi filem-filem terbitan syarikat ini adalah kesemuanya dari produksi [[Malay Film Productions]] (MFP) dan [[Cathay-Keris Film Productions]] yang berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung karier seni mereka selepas industri perfileman Melayu di Singapura semakin merosot.
 
Syarikat ini banyak mengeluarkan filem-filem Melayu hitam dan putih dan lapan (8) filem berwarna . Syarikat ini tidak aktif selepas pengeluaran filem [[Loceng Maut]] pada tahun 1976. Studio ditutup secara rasminya beberapa tahun kemudian kerana kemunculan televisyen berwarna pada tahun 1975 dan Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong melalui studio disana, [[Clearwater Bay Studio]] lebih menumpukan filem-filem bertemakan kungfu dan berwarna. Tidak terkecuali dengan kebanjiran filem-filem berwarna dari Indonesia, Hindi dan Hollywood. Selain itu, pergolakan dalaman di dalam Shaw Brothers Ltd. di Hong Kong juga memainkan peranan [[Run Run Shaw]] dan [[Runme Shaw]] untuk tidak meneruskan penghasilan filem-filem di Malaysia. Filem terakhir terbitannya ialah [[Adik Manja]] hasil lakonan [[Noorkumalasari]] dan [[Dharma Harun Al Rashid]] pada tahun 1980. Akhirnya, studio ini dibeli oleh [[Perbadanan Kemajuan Filem Nasional]] (FINAS) pada tahun 1985<ref>{{cite web |url=http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/shaw.htm |title=Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967) |accessdate=9 Disember 2012}}</ref> dan dijadikan Kompleks Studio Merdeka.
 
==Senarai artis==