Mimpi Moon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Ringkasan: buang {{spoiler}} kerana pembongkaran plot sudah jelas dinamakan untuk menunjukkan bahawa ia mengandungi butiran plot. Oleh itu, penafian lagi akan menjadi berlebihan dan tidak perlu.
Baris 22:
 
==Ringkasan==
 
{{spoiler}}
Filem ini mengisahkan percintaan di antara Moon ([[Rashidi Ishak]]) dan Vina ([[Kavita Kaur]]). Mereka berkenalan semenjak kecil lagi. Vina datang dari sebuah keluarga doktor yang baharu berpindah ke Kampung Batu Suara. Vina merupakan anak kepada Dr. David ([[Anuar Kamaruddin]]) dan Dr. Anna ([[:en:Asha Gill|Asha Gill]]). Ibu Vina telah terkorban di Kampong Saoum, Kemboja semasa mengikuti kumpulan paramedik sukarelewan. Moon juga mengikuti rombongan tersebut namun dia terselamat dari jerangkap samar di perkampungan tersebut. Sepuluh tahun selepas tragedi itu yang memisahkan pasangan itu, Vina menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara manakala Moon meneruskan kerjaya sebagai jurutera bunyi di syarikat studio rakamannya di Kuala Lumpur. Syarikat Moon memgalami masalah kewangan, Moon mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Batu Suara, Langkawi dan ingin bekerja dengan bapanya, Dr. Mansoor ([[Jalaluddin Hassan]]). Sementara itu, adik Moon, Nona ([[Ning Baizura]]) meneruskan kerjayanya sebagai doktor di klinik Dr. Anna. Seorang lagi rakan mereka, Sok Van ([[Afdlin Shauki]]) menjadi pengurus restoran miliknya di pekan Batu Suara. Vina juga turut pulang ke kampung halamannya semasa kecil dahulu. Walaupun Vina sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Mark Scotty ([[Iskandar Najmuddin]]), tetapi cintanya tetap utuh terhadap Moon selepas mereka bersua semula. Kehadiran Miranda Cordoba ([[Ida Nerina]]), seorang penyiasat dan perisik dari negara Amerika Latin yang menyiasat jerangkap samar yang masih aktif di kampung tersebut. Dia juga kerap mengganggu dan menggoda secara keterlaluan terhadap Moon. Moon berasa tidak selesa dengan tindak tanduk Miranda. Kampung Batu Suara terkenal dengan tempatnya yang menjadi tarikan melalui tradisi perubatan menggunakan ubat gamat Dr. Mansoor. Dr. Mansoor mengendalikan kajian untuk menaik taraf ubat gamat kepada yang lebih mesra pengguna. Gamat emas diperkenalkan di khalayak umum dan akan digunakan sepenuhnya di negara Kemboja. Tetapi Moon dan Vina telah membuat perancangan lain untuk menyiasat sendiri siapa Miranda tersebut. Di malam hari pelancaran tersebut, mereka telah menyelinap dan menyamar sebagai staf di hotel tersebut dan berjaya menangkap Miranda tetapi rakannya telah tersalah faham dan menyangka Miranda membelot dengannya. Miranda sempat melarikan diri dengan membawa sebuah beg bimbit yang menjadi rebutan rakannya. Miranda telah mencampakkan beg tersebut ke dalam kandang kambing tersebut sehingga berlaku satu letupan yang menggemparkan kampung tersebut. Moon, Vina dan Miranda terselamat. Namun penjualan gamat emas semakin laris. Miranda menyelamatkan kampung tersebut dari rakannya yang seorang pengganas. Dia terus membuat pelaburan dengan Dr. Mansoor dan menghasilkan minyak sapuannya sendiri untuk dijual di pasaran Malaysia. Sementara itu, hubungan Moon dan Vina kembali erat dan percintaan diteruskan. Di pengakhiran cerita, Gamat emas dihasilkan yang menyatukan Moon, Vina bersama rakan dan keluarga mereka yang lain. ''Tersilap gamat, hati terjerat, kasih terubat''.
{{endspoiler}}
 
==Pelakon==