Dayang Senandong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
 
==Ringkasan==
Mengisahkan seorang puteri raja dari Ratnapura yang dilahirkan bertubuh hitam akibat terkena sumpahan dari seorang hamba rakyat yang bertubuh hitam. Dia telah dihukum bunuh oleh baginda Sultan (lakonan [[Haji Mahadi]]) akibat dihasut oleh fitnah dari seseorang. Walaupun orang yang menyebarkan fitnah juga telah dihukum bunuh namun sumpahan mangsa teraniaya terhadap baginda Sultan terhadap keturunannya merupakan suatu doa termakbul sebelum dia menemui ajal. Di atas nasihat seorang tabib istana (lakonan [[Ahmad Nisfu]]) menyarankan agar sumpahan tuan puteri boleh dihapuskan dengan bersyarat di mana tuan puteri perlu dipisahkan dari kerabat diraja buat selama-lamanya. Dengan arahan tersebut, baginda Sultan juga ingin berpindah keluar dari istana dan menjadi rakyat jelata agar baginda dapat melihat anaknya membesar di depan matanya.
 
Baginda Sultan mengumumkan perletakkan jawatan sebagai pemerintah. Tempatnya digantikan oleh Putera Mahkota Iskandar ([[Kuswadinata]]). Sebelum baginda keluar dari istana, baginda telah menganugerahkan sebentuk cincin kepada Iskandar sebagai kenang-kenangan. 17 tahun kemudian, Puteri Dayang Senandong ([[Sarimah]]) menginjak ke alam dewasa. Mereka tinggal jauh di dalam hutan di sebuah pulau yang bernama Pulau Senandong. Baginda sultan menjadi mufti agama (tok kadi) di pulau tersebut.
 
Suatu hari, satu rombongan baginda Sultan Kamaruzaman dari kerajaan Cahaya Nila ([[Ahmad Mahmud]]) datang berburu ke sebuah pulau. Tiba-tiba baginda dan para rombongannya terdengar suara seorang perempuan menyanyi di balik tembok yang tinggi. Baginda mencari helah bagaimana untuk menemui Dayang yang merupakan anak kepada mufti tersebut memandangkan terlalu banyak syarat ditetapkan oleh mufti untuk menemui keluarganya termasuk Dayang. Sultan Kamaruzaman mengambil keputusan untuk menyamar sebagai seorang saudagar menjual kitab agama yang diperolehi dari Semenanjung Tanah Arab. Kamaruzaman ditemani oleh Kecut ([[Ibrahim Pendek]]) yang menjadi saudagar menjual kain.
 
Beberapa hari kemudian, Kamaruzaman ingin mengahwini Dayang. Lamaran ini direstui oleh ayahnya. Selepas bernikah, baharulah Kamaruzaman mengetahui yang isterinya seorang bertubuh gelap. Namun disebabkan dia telah berjanji di atas nama Allah untuk menerima apa sahaja keburukan dan kelebihan yang ada pada Dayang Senandong. Dia redha dengan ketentuan dari Ilahi. Kamaruzaman dan Dayang belayar pulang ke kerajaan Kamruzaman untuk mengishtiharkan mengenai perkahwinan tersebut. Walapun sudah 17 tahun Dayang dipisahkan dari lingkungan istana, namun Dayang masih tidak mampu menghapuskan sumpahan lampaunya. Disebabkan itu jugalah ayahnya merelakan agar Dayang dikahwinkan dengan Saudagar Kamaruzaman supaya sumpahan tersebut terhapus.
Baris 42:
 
Suatu hari, Dayang sekali lagi bernyanyi di dalam hutan untuk menidurkan anaknya. Suara nyanyiannya telah didengari oleh rombongan berburu Sultan Iskandar dari kerajaan Ratnapura. Disitulah Iskandar mengetahui bahawa gadis yang dijumpai itu adalah adik kandungnya yang pernah disumpah dahulu. Iskandar mengetahui cerita sebenar mengapa adiknya dibiarkan hidup bersendirian di dalam hutan. Iskandar melancarkan peperangan terhadap Raja Ampuan dan menjatuhkan hukuman kaeatasnya menjadi hamba istana. Keesokkan harinya, Sultan Iskandar memaafkan kesalahan Raja Ampuan. Raja Ampuan telah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan kejinya terhadap sesiapa sahaja. Tiba-tiba keadaan menjadi kecoh di mana Kecut dan Bujang ([[Ahmad C]]) tiba di istana dengan membawa utusan bahawa Sultan Kamaruzaman telah ditawan oleh Raja Samsir ([[Salleh Kamil]]). Iskandar, Dayang dan bala tenteranya mengambil keputusan untuk belayar demi menyelamatkan Sultan Kamruzaman disana.
 
Setibanya di istana Raja Samsir, Iskandar dan Dayang membawa utusan utusan bagi menyelamatkan Kamruzaman. Samsir memberitahu bahawa Kamaruzaman menjadi tawanan Puteri Mawarni yang merupakan tunang lamanya. Selepas diberikan keizinan dari Mawarni, hanya Dayang sahaja dibenarkan untuk melawat Kamaruzaman sementara itu Iskandar berada diluar istana telah melamar Puteri Mawarni dengan berpura-pura menjadi utusan Sultan Iskandar dari kerajaan Cahaya Nila. Puteri Mawarni mula tertarik dengan lamaran tersebut. Dalam masa yang sama Dayang bertungkus lumus menyelamatkan Kamaruzaman sehingga berjaya. Selepas Samsir mengetahui bahawa Kamaruzaman berjaya melepaskan diri dari penjara. Kali ini, Samsir akan melancarkan perang terhadap kerajaan Cahaya Nila. Raja Samsir, Puteri Mawarni dan rombongannya tiba di istana Sultan Kamaruzaman dan Raja Samsir telah dipujuk agar tidak berbalah lagi dengan kerajaan Cahaya Nila dengan mengarahkan agar Puteri Mawarni dinikahkan dengan Sultan Iskandar dari Ratnapura. Raja Samsir menurutkan sahaja agar adindanya berbahagia dengan pilihan hatinya yang baharu.
 
==Pelakon==