Orang Banjar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zulkifli smst (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
The Bangsawan (bincang | sumb.)
→‎Penghijrahan ke Sumatera dan Semenanjung Malaysia: Pola migrasi banjar di malaysia timur adalah sama dengan kalimantan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 137:
Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam. Dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa [[ulama]] terkenal nusantara adalah terdiri dari [[Ulama Banjar|orang Banjar]].
 
== Penghijrahan ke Sumatera dan Semenanjung Malaysia ==
Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.
 
Baris 148:
Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syekh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.
 
Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri [[Kedah]], [[Perak]] ([[Kerian]], [[Sungai Manik]], [[Bagan Datoh]]), [[Selangor]] ([[Sabak Bernam]], [[Tanjung Karang]]), [[Johor]] ([[Batu Pahat]]) dan di [[Malaysia Timur]], [[Sabah]] ([[Sandakan]], [[Tenom]], [[Keningau]], [[Tawau]]), [[Sarawak]] ([[Kuching]], [[Sri Aman]]). Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalah [[Syeikh Husein Kedah Al Banjari]], iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah [[Harussani Zakaria|Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria]] yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak.
 
Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah [[Kerian]] di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah [http://www.mypbm.org/ Pertubuhan Banjar Malaysia].