Ismailiyah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Ismailiyah''' (bahasa Arab: '''الإسماعيليون''' ''al-Ismā'īliyyūn''; bahasa Urdu: '''اسماعیلی''' ''Ismā'īlī'', bahasa Persia: '''اسماعیلی...
 
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Ismailiyah''' ([[bahasa Arab]]: '''الإسماعيليون''' ''al-Ismā'īliyyūn''; [[bahasa Urdu]]: '''اسماعیلی''' ''Ismā'īlī'', [[bahasa Persia]]: '''اسماعیلیان''' ''Esmā'īliyān'') adalah [[mazhab]] dengan jumlah penganut kedua terbesar dalam Islam [[Syi'ah]], setelah mazhab [[Dua Belas Imam]] (''Ithna 'Asyariah''). Sebutan Ismailiyah diperoleh pengikut mazhab ini kerana penerimaan mereka ke atas [[Imamah|keimaman]] [[Isma'il bin Ja'far]] sebagai pewaris dari [[Ja'far ash-Shadiq]]. Pengikut mazhab Ithna 'Asyariah, di lain pihak menerima [[Musa al-Kadzim]] sebagai [[Imam (Islam)|Imam]] mereka. Baik Ismailiyah mahupun Ithna 'Asyariah sama-sama menerima keenam enam Imam Syi'ah terdahulu, sehingga memiliki banyak persamaan pandangan atas sejarah awal mazhabnya.
 
[[Teologi]] Ismailiyah pernah menjadi yang terbesar di antara mazhab-mazhab Islam Syi'ah, dan mencapai puncak kekuasaan politiknya pada masa kekuasaan [[BaniKerajaan FatimiyahFatimiyyah|DinastiBani Fatimiyah]] pada [[abad ke-10]] sampai dengan [[abad ke-12|ke-12]] [[Masihi]].
 
Ajaran Ismailiyah, yang juga dikenal dengan nama ''mazhab Imam Bertujuh'', berkembang menjadi sistem kepercayaannya sekarang setelah Imam [[Muhammad bin Ismail]] meninggal; atau "menghilang" sebagaimana kepercayaan pengikut Ismailiyah. Ajaran Ismailiyah memiliki ciri penekanan pada aspek batiniah (''esoterik'') dari agama Islam. Dibandingkan dengan perkembangan ajaran Imam Dua Belas yang pemikirannya berorientasi kepada aspek lahiriah (''eksoterik''), iaitu ''akhbar'' dan ''ushul'', maka dapat dikatakan ajaran Syi'ah berkembang ke dua arah yang berbeza: ajaran Ismailiyah yang lebih menekankan kemestisan sifat Imam dan [[Mistisisme|kemistikan]] jalan menuju Allah, dan ajaran Imam Dua Belas yang lebih menekankan pemahaman atas [[syariah]] dan [[sunnah]] dari [[Ahlul Bait]].