Simpang Renggam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 4:
 
==Majlis Daerah Simpang Renggam==
[[Fail:Flag of Simpang Renggam, Johor.svg|thumb|Bendera Rasmi Simpang Renggam]]
[[File:Simpang Renggam District Council.jpg|thumb|Majlis Daerah Simpang Renggam]]
 
Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan dan pengisytiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri [[Johor]].
 
Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari [[1996]], pejabat ini dengan resminyarasminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.
 
Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, [[Machap]], Layang-Layang dan [[Sungai Sayong]]. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.