Taman Melawati: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Membuang bahagian berbentuk pendapat tanpa fakta. Anwar berceramah merata-rata, tiada apa spesial. Perlu rujukan
Baris 1:
{{Rujukan}}
 
'''Taman Melawati''' merupakan sebuah bandar yang terletak di pinggir ibu kota [[Malaysia]], [[Kuala Lumpur]]. Meskipun menggunakan poskod Kuala Lumpur, namun jika dirujuk dalam peta, Taman Melawati terletak di dalam daerah [[Gombak]], [[Selangor]] dan ditadbir oleh [[Majlis Perbandaran Ampang Jaya]], [[Kuala Lumpur]]. Taman Melawati dikatakan disiap dibina pada tahun 1980-an menurut orang lama Taman Melawati. Sebelum Taman Melawati dibina, ia hanyalah sebuah hutan yang padat. Taman Melawati menyediakan kemudahan yang pelbagai dengan mempunyai syarikat-syarikat bumiputera dan antarabangsa yang berdagang di sini. Terdapat penduduk kawasan sekitar Taman Melawati yang melawati Taman Melawati seperti penduduk [[Taman Permata]], Taman Kemensah dan lain-lain untuk menggunakan kemudahan awam tersebut. Taman Melawati mempunyai banyak klinik, sebuah hospital, Balai Polis Taman Melawati, Pejabat Pos Taman Melawati dan terdapat melebihi 50 buah syarikat yang berniaga di Taman Melawati daripada sekecil Pasar Malam ataupun kedai-kedai jaja di sekitar jalan-jalan kecil hingga ke kedai runcit sehingga syarikat besar. Di Taman Melawati juga terdapat Pusat khidmat Rakyat Negeri [[Selangor|Selangor Darul Ehsan]] dan pejabat [[Parti Amanah Negara]] daerah [[Gombak]].
 
[[Ahli Dewan Undangan Negeri]] (ADUN) [[Hulu Kelang]], YB [[Saari Sungib]] ialah ADUN Taman Melawati dan Ahli Parlimen [[Gombak]] [[Mohamed Azmin Ali|Dato' Sri Mohamed Azmin Ali]] merupakan wakil rakyat Taman Melawati.
 
Kebanyakan daripada selebriti dan ahli politik tempatan menetap di sini. Institut Seni Malaysia ''(Malaysian Institute of Art)'' dan juga Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (''International School of Kuala Lumpur'') bertempat di sini.
 
Selain itu, terdapat juga sebuah hospital swasta, iaitu Hospital Servis Damai; sebuah kelab, iaitu KKlub (dahulunya dikenali sebagai Melawati Country Club, Club Century Park, dan Club Century Paradise); dan sebuah hotel yang bernama Melawati Times Inn di bandar ini. Hospital Servis Damai dan KKlub telah pun ditutup. [[Zoo Negara]] juga terletak berdekatan. Salah satu bukit di sini, iaitu [[Bukit Tabur]], merupakan sebuah kawasan pendakian yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan kawasan masuk ke Pintu Empangan Klang Gates yang juga terletak di bandar ini.
Baris 13:
Rumah pengarah [[Datuk (gelaran)|Datuk]] [[Yusof Haslam]], bekas [[Menteri Kewangan]], [[Tun]] [[Daim Zainuddin]], Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [[Jailani Johari|Dato' Jailani Johari]] juga berada di sini.
 
 
Taman Melawati juga ialah kawasan terkenal dalam bab politik. [[Anwar Ibrahim|Dato' Sri Anwar Ibrahim]] pernah juga datang ke sini sebelum dan selepas beliau dipecat. Taman Melawati juga merupakan kawasan kuat pembangkang dan [[Pakatan Harapan]] telah hadir ke sini memberi ceramah berkaitan politik terkini.
==Kebolehcapaian ==