Laluan Persekutuan Malaysia 3: Perbezaan antara semakan

k
Lebuh raya FT3 bermula sebagai [[jalan raya kembar]] di Persimpangan Johor Bahru yang dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 1, jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, di kilometer pertamanya. Kemudian di [[Kota Tinggi]], jalan FT3 berubah menjadi jalan super two sehingga ke [[Pekan, Pahang|Pekan]]. Namun, jalan FT3 masih belum merupakan jalan raya pantai; hanya setelah melalui Mersing barulah jalan FT3 berubah menjadi jalan raya pantai. Di Pekan, jalan FT3 menyeberangi [[Sungai Pahang]] melalui [[Jambatan Sultan Abu Bakar]] FT3 dan terus ke [[Kuantan]] sebagai jalan raya kembar.<ref name="jkr-inventori" />
 
Di Kuantan, FT3 bertindih dengan Jalan Gambang FT2 seketika dari Exit 254 Persimpangan Jalan Pekan sehinggalah ke Exit 253 Persimpangan Pandan sebelum FT3 dilencongkan ke [[Jalan Pintasan Kuantan]] FT3. Jalan Pintasan Kuantan FT3 berterusan sebagai Jalan Kuantan–Kuala Terengganu FT3 yang menyelusuri sepanjang garis pantai Terengganu. Di [[Kuala Terengganu]], lebuh raya FT3 dilencongkan ke Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu FT3 yang menyelusuri sepanjang kawasan pedalaman utara Terengganu dan dataran utara Kelantan. Di Kota Bharu, FT3 menyeberangi [[Sungai Kelantan]] melalui [[Jambatan Sultan Yahya Petra]] FT3 ke [[Wakaf Bharu]] sebelum menyelusuri sepanjang tebing barat Sungai Kelantan ke [[Pasir Mas]]. Di Pasir Mas, lebuh raya FT3 dilencongkan ke barat ke arah [[Rantau Panjang]] di sempadan Malaysia–Thailand. Di sempadan Malaysia–Thailand border, jalan FT3 menyeberangi [[Sungai Golok]] melalui [[Jambatan Rantau Panjang–Sungai]] dan berterusan sebgai Jalan Sungai Padi (Laluan 4056) di [[Thailand]].<ref name="jkr-inventori" />
 
Berikut merupakan senarai daerah yang dilalui oleh sistem kod jalan raya ini:
5,845

suntingan