Mat Rempit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 5:
[[File:846104-a1abb3ca-6c3c-798920b22a79.jpg|thumb|Mat Rempit menguasai jalan yang dilalui dua buah kereta]]
[[File:846104-a1abb3ca-6c3c-11e4-a.jpg|thumb|Mat rempit bersama gadis [[bohsia]] melakukan aksi '''wheelie''<nowiki/>' mereka]]
Istilah '''Mat Rempit '''mula diperkenalkan oleh wartawan Wan Kamarulzaman (Wan K){{fact}} melalui edisi siasat yang merupakan istilah kepada penunggang [[motosikal]] yang terlibat dalam [[lumba haram|perlumbaan haram]], biasanya dengan menggunakan motomotosikal [[kapcai]] atau [[skuter]]. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di [[Malaysia]] sekarang. Walau bagaimanapun, istilah ini asalnya diperkenalkan oleh '''Kartunis Halim Hassan''' melalui Majalah Motorsikal Malaysia iaitu '''Roda Roda''' yang diterbitkan pada 1998.{{fact}} Watak Mat Rempit ialah nama kepada watak kartun rekaannya yang sebenarnya merujuk dirinya sendiri. Beliau masih aktif melukis kartun pada hari ini walaupun jarang diterbitkan. '''Minah Rempit''' pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau kawan perempuan Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada pula yang hanya menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit pula dah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan,<ref>{{En}}[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/27/north/16701752&sec=north Motorcycle gang robs vendor of RM70]</ref><ref>{{En}}[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/19/north/16619016&sec=north Mat Rempit gang menace Rep: Three robberies brought to my attention]</ref> pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tak memenuhi piawai, ataupun dah diubah suai dengan banyak. Bahkan, ada pula Mat Rempit yang tak mempunyai lesen sah, tak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi.<ref name=rempit_one>[http://star-motoring.com/blog/permalink.asp?id=23 Mat Rempit] The Star Online Motoring Blog</ref><ref name=rempit_two>[http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Minda/20060808104721/Article/indexs_html Membendung lumba haram] Harian Metro</ref> Kini, taman perumahan turut dah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit.<ref>{{En}}[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/2/nation/16459269&sec=nation Residents fed up with Mat Rempit ruckus go after them]</ref> Dianggarkan di Malaysia jer terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit.<ref name="rempit_three">''Rempit - Budaya Menunjuk-nunjuk'' - Kosmo! (4 Januari 2007)</ref> Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di [[Brunei Darussalam]], [[Singapura]] dan [[Indonesia]] untuk tujuan yang sama.
 
Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.{{Fakta}}