Maria Menado: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 47:
===Perkahwinan dengan Sultan Pahang===
 
Untuk perayaan-perayaan yang istimewa, Maria serta seniwati yang lain akan dijemput ke istana [[Pahang]] untuk mempersembahkan pertunjukan, khususnya sewaktu hari keputeraan Sultan. Pada salah satu daripada lawatan ini, [[Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuazzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah|Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin]] melamarnya. Selepas pertimbangan yang mendalam, Maria berkahwin pada tahun 1963 sewaktu berumur 30. Perkahwinan itu bukan sahaja menamatkan kerjaya filemnya tetapi juga menyebabkan filem-filemnya tidak boleh lagi ditayangkan di pawagam atau [[televisyen]]. Majlis Diraja Istana [[Pahang]] memerintah bahawa oleh sebab Maria merupakan permaisuri Sultan, tayangan filem-filemnya tidak dibenarkan di dalam negeri Pahang. Bagaimanapun, filemnya turut tidak ditayangkan di seluruh negara. Dengan itu, Ho Ah Loke, pemilik Cathay Keris tersangkut dengan filem-filem Maria. Oleh sebab filem-filem itu amat memakan ruang hawa dingin di dalam rumah Ho, dia kemudian terpaksa membuangnya kerana filem-filem itu telah menjadi suatu sumber pergaduhan dengan isterinya.
 
Selepas kemangkatan Sultan Pahang, Maria berpindah dari [[Pekan, Pahang|Pekan]] ke Kuala Lumpur. Sewaktu itu, beliau memohon kepada [[Sultan Ahmad Shah]], Sultan Pahang kini yang mengetuai Majlis Diraja Istana Pahang, supaya filem-filemnya dibenarkan ditayangkan semula. Baginda memberikan kebenaran, akan tetapi pada waktu itu, filem-filem yang dilakonnya telah dibuang ke dalam sebuah lombong yang tidak digunakan lagi. Tidaklah diketahui mengapa Ho tidak berjumpa Maria atau muzium-muzium negeri untuk menyumbangkan filem-filem itu. Kehilangan filem-filem tersebut merupakan suatu kerugian yang amat besar, kerugian yang tidak ternilai untuk sejarah filem [[Malaysia]].
 
Kini, Maria berhasrat untuk menerbit dan mengarah versi baru filem "Pontianak" sebagai gantian supaya dapat meninggalkan tanda pencapaiannya — kali ini dalam filem berwarna.