Batu Belah Batu Bertangkup (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
==Ringkasan==
 
Merupakan sebuah filem purba yang mengisahkan tentang dua orang adik beradik melalui liku kehidupan setelah kematian ayah dan ibunya yg dikaitkan dengan puaka dari Batu Belah Batu Bertangkup. Di dalam sebuah desa, ada satu keluarga 4 beranak. Ayahnya bekerja sebagai nelayan manakala ibunya sebagai suri rumah. Ayahnya (lakonan [[Salleh Ghani]]) meninggal dunia di dalam hutan kerana kemalangan di timpa pokok. Dia meninggal dunia ekoran mahu memuaskan kehendak isterinya yang mengidam akan telur ikan tembakul. Mulai saat itu sebulan selepas kematian ayahnya, ibunya ([[Neng Yatimah]]) mengambil tugas menyara keluarga. Suatu malam, ibunya dikejutkan dengan satu suara panggilan dari Batu Belah Batu Bertangkup yang menginginkan satu nyawa lagi, namun ibunya kebingungan dan tidak mengerti apakah yang dimaksudkan oleh mimpi tersebut. Ini kerana pada siang harinya dia memperoleh seekor ikan tembakul betina namun tiada telur di dalamnya. Dalam pada itu, ibunya masih mengidam untuk merasa telur ikan tembakul, berhari-hari dia mengail ikan namun tidak berjaya. Suatu hari, dia memperoleh seekor lagi ikan tembakul betina dan mempunyai telur di dalamnya. Dia sungguh gembira dan terus menggoreng ikan bersama telurnya. Ibunya sempat berpesan kepada Melur ([[Hasnah Hassan]]) agar makan separuh dari isi ikan dan separuh telur tersebut bersama adiknya, Pekan ([[Bad Latiff]]). Ketika ibunya tiada di rumah kerana menziarah pusara arwah suaminya, Pekan meronta-ronta untuk mendapatkan telur ikan tembakul tersebut walaupun dia telah makan bahagian kakaknya. Melur tidak sampai hati lalu memberikan sebiji telur ayam sebagai ganti namun di tolak mentah-mentah oleh Pekan. Akhirnya, Pekan berjaya mendapatkan telur ikan tembakul milik ibunya dan dihabiskan terus. Melur yang menyaksikan peristiwa itu tidak mampu berbuat apa-apa.
 
Ketika ibunya pulang ke rumah untuk menikmati juadah yang diidamkan itu namun, dia sungguh kecewa kerana telur ikan yang diidamkan sudah dihabiskan oleh Pekan. Melur dipersalahkan kerana tidak mampu menjaga adiknya dengan baik. Semasa ibunya tidur, dia telah bermimpi mengenai panggilan suara puaka dari Gua Batu Belah Batu Bertangkup yang mempunyai cerita misterinya tersendiri. Akibat termakan hasutan, ibunya mengikut suara tersebut. Hal ini disedari oleh Melur dan Pekan. Mereka mengejar ibunya ke dalam hutan. Namun ibunya tidak menghiraukan. Sebelum tiba di pintu gua, ibunya sempat meninggalkan semangkuk susu badan untuk diberikan kepada Pekan yang masih kecil itu. Susu yang ditinggalkan itu terus diminum oleh Pekan yang kehausan. Tetapi sayangnya, ibunya berjaya ditelan oleh gua tersebut yang menginginkan satu nyawa lagi dan sumpahan itu akan tamat selepas itu.