Bahasa Wales: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cycn (bincang | sumb.)
Argentinia has a large Welsh community and there are regions that are mostly monolingually Welsh
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 11:
|nation=[[Wales]]
|script=[[Abjad Rumi]] ([[Abjad Wales|Varian Wales]])
|map=[[Fail:Siaradwyr_y_Gymraeg_ym_Mhrif_Ardaloedd_Cymru2a.svg|centertengah|thumb|250px|Peratusan penutur bahasa Wales mengikut kawasan]]
|iso1=cy
|iso2b=wel|iso2t=cym
Baris 18:
'''Bahasa Wales''' (''{{lang|cy|Cymraeg}}'' atau ''{{lang|cy|y Gymraeg}}'', {{pronounced|kəmˈrɑːɨɡ}} dan {{IPA|[ə ɡəmˈrɑːɨɡ]}}), ialah satu bahasa yang tergolong dalam cabang [[Britonik]] dari [[bahasa-bahasa Celt]] yang berasal dari [[Wales]] (''Cymru''). Penutur bahasa Wales wujud di seluruh dunia, terutamanya di [[Great Britain]], [[Amerika Syarikat]], [[Kanada]], [[Australia]], [[New Zealand]], dan juga sebuah kawasan petempatan bangsa Wales di [[Lembah Chubut]] di [[Patagonia]] [[Argentina]].
 
Perangkaan banci terkini (2001) yang dibentangkan dalam laporan "Main Statistics about Welsh"<ref name = "board">[http://www.bwrdd-yr-iaith.org.uk/cynnwys.php?pID=more&langID=2&mID=2&type=Pubs&cpID=90| Main Statistics about Welsh from the Welsh Language Board]</ref> oleh Lembaga Bahasa Wales, menunjukkan bahawa 582,400 orang (20.8% dari seluruh penduduk Wales di rumah tangga atau penubuhan komunal) mampu bertutur dalam bahasa Wales, yang mana 457,946 orang (16.3%) boleh menutur, membaca dan menulis bahasa berkenaan, dibandingkan dengan 508,100 orang (18.7%) pada tahun 1991. Peluasan [[bahasa Inggeris]] telah mengakibatkan kemerosotan penutur bahasa Wales. Semenjak wujudnya [[Akta Bahasa Wales 1993]] yang menyamakan taraf bahasa Wales dengan bahasa Inggeris dalam sektor awam di Wales, bahasa Wales berjaya dibangkitkan semula.
 
Hasil kaji selidik [http://www.bwrdd-yr-iaith.org.uk/download.php/pID=67935.6 "2004 Welsh Language Use Survey"] menunjukkan bahawa terdapat 611,000 penutur bahasa Wales di Wales (21.7% dari seluruh penduduk yang tinggal di rumah tangga), 62% mengaku bertutur bahasa Wales seharian, dan 88% daripada yang fasih berbahasa Wales menuturinya setiap hari.<ref name = "board">[http://www.bwrdd-yr-iaith.org.uk/cynnwys.php?pID=109&nID=2122&langID=2 Welsh Language Board].</ref>
 
Perangkaan tahun 2004 dan 2001 ini menggambarkan bahawa kira-kira 14% penduduk Wales mengaku berbahasa Wales secara seharian. Sebenarnya, perangkaan ini dipetik dari kaji selidik pantauan, lebih-lebih lagi kefasihan penduduk tidak diuji, namun tahun kefasihan dalam pantauan 2004 (berbanding pantauan 1992) lebih menonjol dalam golongan usia 3-15 tahun ([http://www.bwrdd-yr-iaith.org.uk/download.php/pID=67935.6 p.9]), tambahan pula penyumbang utama peningkatan ini datang dari kawasan Tenggara ([http://www.bwrdd-yr-iaith.org.uk/download.php/pID=67935.6 p.10]); golongan-golongan selebihnya pula semakin kurang fasih.