Bangladesh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 65:
}}
 
'''Bangladesh''', secara rasmi digelarkan '''Republik Rakyat Bangladesh''', ialah sebuah negara di sebelah timur laut [[subbenua]] [[India]] yang terletak di [[Asia Selatan]].
Bangladesh bersempadan dengan [[India]] di sebelah barat, utara dan timur, dengan [[Myanmar]] di sebelah tenggara, dan [[Teluk Bengal]] di sebelah selatan. Bersama-sama dengan [[Bengal Barat]] di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan [[etnik]] dan [[linguistik]] Bengal. Nama "Bangladesh" bermaksud "Negara Bengal". Bagaimanapun, keasalan perkataan "Bangla" atau "Bengal" tidak diketahui. [[Ibu negara]] dan bandar terbesar Bangladesh ialah [[Dhaka]].
 
Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh [[Pemecahan India]] pada tahun [[1947]] ketika negara ini merupakan sayap timur [[Pakistan]] (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 [[Meter|kilometer]] (1,000 [[batu (jarak)|batu]]). Walaupun mempunyai [[agama]] yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah [[kerajaan]] yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan [[kemerdekaan]] Bangladesh pada tahun [[1971]] selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara [[politik]] yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat [[Kudeta|rampasan kuasa tentera]].
 
Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang [[Islam]] yang tiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.
 
Secara [[geografi]], Bangladesh dikuasai oleh [[Delta Ganges-Brahmaputra]] yang subur. Negara ini mengalami [[banjir]] [[monsun]] tahunan, dan [[siklon]] kerap berlaku.
 
Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas [[Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan]] (SAARC), [[BIMSTEC]], serta ahli [[Pertubuhan Negara-Negara Islam]] (OIC) dan [[Lapan Negara Membangun]] (D-8).