Bangsa Han: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Yosri (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 某個路人甲
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 106:
 
== Istilah ==
[[Fail:Ethnolinguistic_map_of_China_1983.jpg|thumb|leftkanan|Peta kelompok etnolinguistik di China (Kawasan-kawasan bangsa Han berwarna hijau).]]
 
Nama ''Han'' berasal daripada nama [[Dinasti Han]] yang mewarisi [[Dinasti Qin]]. Dinasti Qin menyatukan [[China]] tetapi tidak kekal lama. Adalah semasa Dinasti Qin dan Dinasti Han bahawa berbagai-bagai puak di China mula berasa bahawa mereka tergolong dalam kelompok etnik yang sama, berbanding dengan kelompok-kelompok etnik yang lain di sekeliling mereka. Tambahan pula, Dinasti Han yang dapat memperluas kuasa dan pengaruhnya ke [[Asia Tengah]] dan [[Asia Timur Laut]] dianggap sebagai kemuncak [[tamadun]] Cina.
Baris 120:
 
=== Prasejarah dan kaum Huaxia ===
Sejarah bangsa Han amat terikat dengan sejarah China. Bangsa Han dapat menyusur-galur keturunannya kepada kaum [[Huaxia]] yang tinggal di sepanjang [[Sungai Kuning]] di China utara. ''[[Catatan Ahli Sejarah Agung]]'' yang ditulis oleh [[Sima Qian]], ahli sejarah Cina yang termasyhur, menetapkan tarikh pemerintahan [[Maharaja Kuning]], leluhur legenda bangsa Han, sebagai antara tahun [[Abad ke-27 SM|2698 SM]] hingga [[Abad ke-26 SM|2599 SM]]. Walaupun kajian-kajian terhadap zaman ini dirumitkan oleh kekurangan rekod sejarah, penemuan tapak-[[tapak arkeologi]] telah menentukan sebuah urutan kebudayaan [[Neolitik]] di sepanjang Sungai Kuning seperti yang berikut:
* Di pertengahan Sungai Kuning: [[Kebudayaan Yangshao]] (5000 SM - 3000 SM), dan [[kebudayaan Longshan]] (3000 SM - 2000 SM);
* Di hilir Sungai Kuning: [[Kebudayaan Qingliangang]] (5400 SM - 4000 SM), [[kebudayaan Dawenkou]] (4300 SM - 2500 SM), [[kebudayaan Longshan]] (2500 SM - 2000 SM), dan [[kebudayaan Yueshi]].
 
Baris 129:
Dinasti pertama yang dihuraikan dalam rekod-rekod sejarah Cina ialah [[Dinasti Xia]], zaman legenda yang tidak mempunyai banyak bukti [[arkeologi]]. Dinasti ini digulingkan oleh orang-orang dari timur yang kemudian mengasaskan [[Dinasti Shang]] ([[1600-an SM|1600]] – [[1040-an SM|1046 SM]]). Sebilangan contoh [[tulisan Cina]] yang terawal wujud sejak dari zaman ini, dan merupakan askara-askara yang ditulis untuk [[Tulang orakel|peramalan tulang]]. Dinasti Shang akhirnya digulingkan oleh orang-orang Zhou yang muncul sebagai sebuah negeri di sepanjang Sungai Kuning pada sekitar [[milenium ke-2 SM]].
 
[[Dinasti Zhou]] merupakan pewaris Dinasti Shang. Mereka yang berkongsi [[bahasa]] dan [[kebudayaan]] yang sama dengan orang-orang Shang memperluas kawasan mereka sehingga merangkumi kebanyakan kawasan di utara [[Sungai Yangtze]]. Melalui [[penaklukan]] dan [[penjajahan]], kebanyakan kawasan ini mengalami proses [[pencinaan]], dan kebudayaan proto-Han berkembang ke selatan.
 
== Kebudayaan ==
Baris 138:
Orang-orang Han mempercayai bahawa mereka berketurunan daripada leluhur-leluhur yang sama dengan [[Maharaja Kuning]] dan [[Maharaja Yan]] beberapa ribu tahun dahulu. Oleh itu, sesetengah orang Han merujuk kepada diri mereka sebagai "keturunan Maharaja Yan dan/atau Maharaja Kuning ". Dalam iklim politik yang memecahbelahkan, seperti antara [[tanah besar China]] dengan [[Taiwan]], frasa ini telah menjadi sebut-sebutan dalam dunia politik.
 
Pada sepanjang [[sejarah China]], kebudayaan Cina telah amat dipengaruhi oleh [[Konfusianisme]]. Dihargai untuk membentuk pemikiran Cina, Konfusianisme merupakan falsafah rasmi pada kebanyakan sejarah Empayar China, dengan penguasaan teks Konfusianisme merupakan kriteria utama untuk [[Peperiksaan empayar|pemasukan ke dalam birokrasi empayar]].
 
=== Bahasa ===
Baris 148:
{{main|Nama Cina}}
 
Nama-nama Cina biasanya terdiri daripada dua atau tiga suku kata, dengan [[Nama keluarga Cina|nama keluarga]] diikuti oleh nama yang diberikan kepadanya. Nama keluarga biasanya mempunyai satu suku kata (walaupun terdapat juga sebilangan nama keluarga yang amat kecil yang mempunyai dua atau lebih suku kata), manakala nama-nama yang diberikan adalah satu atau dua suku kata panjangnya.
 
Terdapat 4,000 hingga 6,000 nama keluarga di China, tetapi hanya sekitar 1,000 nama keluarga digunakan secara umum. Menurut sebuah kajian yang dibuat oleh Li Dongming, ahli sejarah Cina, sebagaimana yang diterbitkan sebagai makalah "Nama Keluarga" di dalam ''Majalah Dongfong'' (1977), nama-nama keluarga Han yang biasa adalah seperti yang berikut:
Baris 170:
{{main|Pakaian bangsa Han}}
 
Pada hari ini, orang-orang Han biasanya memakai pakaian-pakaian gaya [[Dunia Barat|Barat]]. Tidak banyak orang memakai [[pakaian bangsa Han]] secara tetap. Bagaimanapun, pakaian bangsa Han masih dikekalkan untuk upacara agama dan istiadat. Umpamanya, sami-sami [[Taoisme]] memakai pakaian yang biasa dipakai oleh para cendekiawan pada zaman [[Dinasti Han]]. Pakaian istiadat seperti yang dipakai oleh sami-sami [[Shinto]] pada umumnya berdasarkan pakaian istiadat di [[China]] pada masa [[dinasti Tang]].
 
Pakaian Cina tradisional yang dipakai oleh banyak wanita Cina semasa menghadiri upacara-upacara penting seperti jamuan perkahwinan dan Hari Raya [[Tahun Baru Cina]] dipanggil [[qipao]]. Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan ubah suaian pakaian [[Manchu]], kelompok etnik yang memerintah China antara [[abad ke-17]] ([[1644]]) sehingga awal [[abad ke-20]]. Pakaian asal Bangsa Han adalah [[Hanfu]]. Baju tradiosional Jepun dan Korea juga adalah ubah suaian pakaian Hanfu.
Baris 177:
{{main|Kesusasteraan Cina}}
 
Bangsa Han mempunyai sejarah [[kesusasteraan]] klasik yang kaya yang wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Antara karya-karya yang penting termasuk [[Teks klasik Cina|teks klasik]] seperti [[Koleksi Ujaran Confucius]], [[I Ching]], dan [[Seni Perang]]. Sebilangan [[pemuisi]] Han yang terpenting dalam zaman pra-moden termasuk [[Li Bai]], [[Du Fu]], dan [[Su Shi|Su Dongpo]]. Novel-novel yang paling penting dalam kesusasteraan Cina ialah [[Empat Novel Klasik Agung]], iaitu ''[[Mimpi Kamar Merah]], [[Pinggir Air]], [[Kisah Tiga Kemaharajaan]]'', serta ''[[Perjalanan ke Barat]]''.
 
=== Sumbangan kepada kemanusiaan ===
Baris 184:
Bangsa Han telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan bidang [[seni]], [[sains]], [[falsafah]], dan [[matematik]] pada sepanjang [[sejarah]]. Pencapaian-pencapaian saintifik di China pada zaman purba termasuk pengesan [[seismologi]], [[mancis]], [[kertas]], [[dok kering]], [[angkup gelongsor]], [[pam omboh tindakan ganda]], [[besi tuangan]], [[bajak]] [[besi]], [[gerudi biji]] berbilang tiub, [[kereta sorong]], [[jambatan gantung]], [[payung terjun]], [[gas asli]] sebagai [[bahan api]], [[kompas magnet]], [[peta relief]], [[kipas]] (''propeller''), [[busur silang]], [[serbuk letupan]], dan [[pencetakan]]. Pencetakan, kertas, kompas, dan serbuk letupan telah disanjung dalam kebudayaan Cina sebagai ''[[Empat Rekaan Agung China kuno]]''. Selain itu, ahli-ahli [[astronomi]] Cina merupakan antara tokoh-tokoh pertama yang mencatat pencerapan-pencerapan [[supernova]].
 
[[Seni Cina]], [[masakan Cina]], [[falsafah Cina]], dan [[kesusasteraan Cina]] kesemuanya mempunyai beribu-ribu tahun perkembangan, manakala banyak tapak Cina, seperti [[Tembok Besar China]] dan [[Angkatan Tentera Terracotta]] merupakan tapak-[[tapak Warisan Dunia]]. Sejak permulaan program tersebut pada tahun 2001, aspek-aspek kebudayaan Cina telah disenaraikan oleh [[UNESCO]] sebagai [[Mahakarya Warisan Lisan dan Tak Ketara Kemanusiaan]].
 
Pada kebanyakan sejarahnya, dinasti-[[dinasti Cina]] yang berturut-turut telah mempengaruhi jiran-jirannya dalam bidang [[seni]], [[muzik]], [[agama]], [[makanan]], [[pakaian]], [[falsafah]], [[bahasa]], sistem [[kerajaan]], dan [[kebudayaan]]. Pada zaman moden, bangsa Han merupakan kelompok etnik yang terbesar di China, manakala penempatan orang-orang [[Cina perantauan]] yang berjumlah pada tahap berpuluh-puluh juta telah memberikan sumbangan kepada negara-negara yang ditetap mereka di seluruh dunia.
 
Pada zaman moden, orang-orang Han terus memberikan sumbangan kepada bidang matematik dan sains. Antara mereka ialah:
* pemenang [[Hadiah Nobel]]: [[Steven Chu]], [[Samuel C. C. Ting]], [[Chen Ning Yang]], [[Tsung-Dao Lee]], [[Yuan T. Lee]], dan [[Gao Xingjian]];
* pemenang [[Pingat Fields]]: [[Shing-Tung Yau]];
* pemenang [[Anugerah Turing]]: [[Andrew Yao]].
[[Tsien Hsue-shen]] merupakan seorang ahli sains yang terkenal di [[Makmal Perejanan Jet]] [[NASA]], manakala [[Chien-Shiung Wu]] memberikan sumbangan kepada [[Projek Manhattan]].
 
Baris 200:
 
== "Han" sebagai konsep longgar ==
Takrif tentang identiti Han telah berubah-ubah pada sepanjang sejarah. Sebelum [[abad ke-10]], sebilangan kelompok etnik bertuturan bahasa Cina seperti [[Hakka]] dan [[Tanka (kelompok etnik)|Tanka]] tidak dianggap secara sejagat sebagai bangsa Han, manakala sebilangan kelompok etnik yang tidak bertuturan bahasa Cina, seperti [[Zhuang]], dianggap sedemikian. <ref>Kaup, Katherine Palmer, Creating the Zhuang: Ethnic Politics in China, Penerbit Lynne Rienner, 1 Januari 2000, ISBN 1-55587-886-5</ref> Pada hari ini, [[Bangsa Hui|kaum Cina Hui]] dianggap sebagai sebuah kelompok etnik yang tersendiri walaupun selain daripada pengamalan [[Islam]] mereka, tidak terdapat banyak perbezaan antara mereka dengan orang Han; dua orang Han daripada kawasan yang berbeza mungkin lebih berbeza dari segi bahasa, adat resam, dan budaya, berbanding dengan seorang Han dan seorang Hui yang berjiran.
 
Semasa [[Dinasti Qing]], orang-orang Han yang menyertai sistem tentera [[Lapan Panji-panji]] dianggap sebagai orang [[Manchu]], manakala [[Nasionalisme Cina|nasionalis Cina]] yang mencuba menggulingkan [[pemerintahan beraja]] menekankan identiti bangsa Han untuk membezakan mereka daripada identiti raja-raja Manchu. [[Republik Cina]] pada pengasasannya mengakui lima kelompok etnik utama: kaum-kaum Han, Hui, [[Mongol]], [[Manchu]], dan [[Bangsa Tibet|Tibet]], manakala [[Republik Rakyat China]] kini mengiktirafkan [[Senarai kelompok etnik di China|58 buah kelompok etnik]].
 
== Kepelbagaian bangsa Han ==
Selain daripada kepelbagaian bahasa tuturan, terdapat juga perbezaan kebudayaan dari tempat ke tempat di kalangan kaum Han. Umpamanya, masakan Cina berbeza-beza dari makanan berempah [[Sichuan]] yang termasyhur ke [[Dim Sim]] dan makanan laut [[Guangdong]]. Bagaimanapun, perpaduan [[etnik]] masih wujud antara kedua-dua kelompok ini kerana mereka mengamalkan kebudayaan, tingkah laku, bahasa, dan agama yang sama.
 
Menurut kajian-kajian saintifik yang baru-baru ini, <ref name="naturestudy">Table from "Genetic evidence supports demic diffusion of Han culture". Nature (jurnal, terbitan 16 September 2004)</ref> terdapat sedikit perbezaan genetik di seluruh China. Disebabkan oleh banyak gelombang [[penghijrahan]] dari [[China Utara]] ke [[China Selatan]] dalam sejarah China, adanya banyak persamaan [[genetik]] dalam [[kromosom Y]] antara lelaki-lelaki Cina Selatan dan Utara. Bagaimanapun, kepelbagaian [[DNA mitokondria]] bangsa Han bertambah ketika kita beralih dari China Utara ke China Selatan. Ini membayangkan bahawa banyak penghijrah lelaki dari China Utara [[Perkahwinan|berkahwin]] dengan wanita-wanita tempatan, seperti [[Bangsa Yue|kaum Yue]], selepas tiba di [[Guangdong]], [[Fujian]], dan kawasan-kawasan lain di China Selatan. Dengan penerusan proses pencampuran ini dengan lebih banyak orang Han berhijrah ke selatan, orang-orang di China Selatan dipercinakan dan mengakui diri sebagai orang Han.
Baris 211:
Dokumen-dokumen sejarah menunjukkan bahawa bangsa Han berketurunan daripada puak-puak [[Huaxia]] kuno yang tinggal di China utara. Pada sepanjang dua milenium yang lalu, kebudayaan Han (iaitu bahasa dan kebudayaannya yang berkait) tersebar masuk ke China selatan, kawasan yang pada asalnya dihuni oleh orang-orang asli selatan, umpamanya mereka yang menuturkan bahasa-bahasa [[Bahasa-bahasa Tai-Kadai|Dai]], [[Bahasa Austro-Asia|Austro-Asia]] dan [[Bahasa-bahasa Hmong-Mien|Hmong-Mien]]. Ketika kebudayaan [[Huaxia]] tersebar dari kawasan tengahnya di [[lembangan]] [[Sungai Kuning]], ia menyerap banyak kelompok etnik yang berbeza. Kelompok-kelompok etnik itu kemudian mengakui diri sebagai bangsa Han apabila mereka mengamalkan bahasa (atau kelainan-kelainannya) dan adat resamnya.
 
Umpamanya, semasa [[Dinasti Shang]], penduduk-penduduk di [[Wu (kawasan)|kawasan Wu]] di [[Delta Sungai Yangtze]] dianggap sebagai puak "[[Orang gasar|gasar]]". Mereka yang menuturkan bahasa yang berbeza hampir pasti bukannya orang Cina, dan diperihalkan sebagai berpakaian terlalu sedikit serta ber[[tatu]]. Bagaimanapun, menjelang [[Dinasti Tang]], kawasan ini telah menjadi sebahagian kawasan tengah bangsa Han. Pada hari ini, kawasan ini yang merangkumi [[Shanghai]], bandar raya China yang terbesar, merupakan kawasan yang paling padat penduduknya dan mempunyai ekonomi yang terbaik di China. Penduduk-penduduk di kawasan Wu pada hari ini menuturkan [[Wu (linguistik)|loghat-loghat Wu]] yang walaupun merupakan sebahagian keluarga [[bahasa Cina]], tidak saling dapat difahami oleh bahasa-bahasa dan loghat-loghat Cina yang lain. Walaupun demikian, mereka tidak melihat diri sebagai suatu kelompok etnik yang berasingan. Kawasan Wu merupakan salah satu contoh yang terlibat dalam penyerapan banyak kelompok kebudayaan yang berbeza dalam penyumbangan kepada kepelbagaian kebudayaan dan bahasa bagi seluruh bangsa Han.
 
== Lihat juga ==