Banjaran Gunung Andes: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Link FA & GA kini dikenalikan oleh Wikidata.
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 8:
 
== Nama ==
Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan asal-usul nama banjaran ini. Pendapat majoriti menyatakan bahawa nama ''Andes'' diambil daripada perkataan [[Quecha]] iaitu ''anti'' yang membawa maksud ''puncak''. Sesetengah orang pula percaya bahawa nama itu datang diambil daripada satu wilayah empayar [[Inca]] bernama ''Anti Suyu''. Ada pendapat lain pula menjelaskan bahawa nama itu datang daripada perkataan [[Bahasa Sepanyol|Sepanyol]] ''andén'' yang bermaksud ''teres'' dalam pertanian. Mereka merujuk penggunaan meluas [[teres (pertanian)|sistem teres]] dalam kegiatan bercucuk-tanam yang diamalkan oleh orang-orang Inca dan masyarakat setempat yang lain. Pendapat lain pula merujuk nama ''Andes'' kepada kependekan bagi perkataan dalam bahasa Sepanyol Lama iaitu ''Andenes'' atau ''Andenerías''.
 
== Ciri-ciri fizikal ==
[[Fail:Cono de Arita, Salta. (Argentina).jpg|thumb|250px|Cono de Arita, [[Wilayah Salta|Salta]] ([[Argentina]]).]]
Banjaran Andes boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu Andes Selatan di Argentina dan Chile, Andes Tengah meliputi kordilera di Chile, Peru serta sebahagian daripada Bolivia dan Andes Utara di Venezuela, Colombia dan utara Ecuador termasuk Kordilera Timur dan Kordilera Barat. Di Colombia, banjaran ini berpecah kepada tiga rangkaian selari iaitu di bahagian barat, tengah dan timur. Sistem di bahagian timur merupakan satu-satunya yang melunjur ke Venezuela. Kelebarannya diukur sekitar 200-300 km sepanjang banjaran ini, kecuali [[fleksur]] Bolivia yang mencatatkan ukuran sepanjang 640 km. Pulau-pulau seperti [[Aruba]], [[Bonaire]] dan [[Curaçao]] yang terletak di Laut [[Caribbean]] di pinggir laut Venezuela, merupakan puncak-puncak pergunungan Andes yang ditenggelami air.
 
=== Geologi ===
Banjaran Andes secara asasnya terhasil oleh proses [[plat tektonik]], yang dibentuk oleh pembenaman [[plat Nazca]] di bawah [[plat Amerika Selatan]]. Sempadan dua plat ini menghasilkan jurang Peru-Chile.
 
Pembentukan Andes dikatakan bermula sejak zaman [[Jura]] lagi. Tetapi bentuk yang ada sekarang boleh dikesan sejak [[zaman Batu Kapur]]. Ia terhasil daripada kenaikan, geseran (atau sesaran) dan lipatan batuan enapan dan metmorf pada kraton purba di bahagian timur. Daya-daya tektonik sepanjang zon benam di seluruh pantai barat Amerika Selatan, di kawasan pertemuan plat Nazca dan sebahagian plat Antartika yang menggelongsor di bawah plat Amerika Selatan, terus-menerus menghasilkan [[Orogeni|gerakan orogeni]] yang menyebabkan kejadian gempa bumi kecil dan besar serta letusan gunung berapi sehingga ke hari ini. Betul-betul di bahagian paling selatan wujud satu sesar jelmaan yang memisahkan [[Tierra del Fuego]] dengan [[plat Scotia]] yang kecil. Merentasi laluan Drake yang berkelebaran sehingga 1000 km, terbentang pergunungan Semenanjung Antartika, di selatan plat Scotia yang wujud sebagai kesinambungan daripada rangkaian pergunungan Andes.
 
Banjaran ini memiliki banyak gunung berapi termasuk [[Cotopaxi]], salah satu daripada gunung berapi aktif tertinggi di dunia.
 
=== Iklim ===
Iklim di Banjaran Andes adalah berbeza-beza bergantung kepada kedudukan, ketinggian dan jarak dengan laut. Bahagian selatan adalah sejuk dan kerap hujan manakala bahagian tengah agak kering. Utara Andes juga kerap hujan tetapi panas dengan purata suhu mencecah 18 °C di Colombia misalnya. Cuaca pula sering berubah dengan mendadak. [[Hutan hujan]] boleh didapati tidak berapa jauh daripada puncak gunung Cotopaxi yang dilitupi salji. Gunung-ganang turut mempunyai kesan terhadap suhu di kawasan persekitarannya.
 
== Puncak gunung ==
Baris 41:
 
=== Gunung berapi ===
Banjaran ini dan beberapa kordilera di [[Amerika Tengah]] yang tergolong di dalam sistem pergunungan Pasifik turut menyaksikan aktiviti-aktiviti [[gunung berapi]] dan seismos. Puncak-puncak gunung berapi tertinggi di dunia juga terletak di banjaran ini, seperti [[Monte Pissis]], [[Argentina]] dengan ketinggian 6,795 m dan [[Ojos del Salado]], Argenitna-[[Chile]] dengan ketinggian 6,864 m. Ciri-ciri unik kawasan gunung berapi seperti [[fumarol]], [[solfatara]] dan [[geiser]] boleh ditemui dengan kerap di sini.
 
==== Gunung berapi aktif ====
Baris 70:
{{reflist}}
 
== Rujukan ==
* John Biggar, The Andes: A Guide For Climbers, 3rd. edition, 2005, ISBN 0-9536087-2-7
* Tui de Roy, The Andes: As the Condor Flies. 2005, ISBN 1-55407-070-8
Baris 76:
* Fjeldså, J. & M. Kessler. 1996. ''Conserving the biological diversity of Polylepis woodlands of the highlands on Peru and Bolivia, a contribution to sustainable natural resource management in the Andes.'' NORDECO, Copenhagen.
 
== Pautan luar ==
{{commons|Andes}}
* [http://www.geo.arizona.edu/geo5xx/geo527/Andes/intro.html Andes geology (University of Arizona)]