Barisan Sosialis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rotlink (bincang | sumb.)
k fixing dead links
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 18:
|website =
|footnotes =
}}{{Politik Malaysia}}
[[Barisan Sosialis]] atau ''Socialist Front'' (SF) atau nama penuhnya ''Barisan Sosialis Rakyat Malaya'' (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 26 Ogos 1958, terdiri daripada [[Parti Rakyat Malaysia|Parti Rakyat Malaya]] (PRM) dan [[Parti Buruh Malaya]] (LPM) pada mulanya dan disertai kemudiannya [[Parti Perhimpunan Kebangsaan]] atau [[National Convention Party]] (PPK) bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di [[Semenanjung Malaysia]] pada era [[1950-an]] dan [[1960-an]].<ref>Penang Story: [http://www.penangstory.net.my/docs/Abs-TanKimHong.doc Facing Up to Storm Clouds : The Labour Party of Malaya, Penang Division, 1963 – 1969]</ref>
 
Dalam [[Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959]] yang pertama, SF telah memenangi 8 kerusi di peringkat kebangsaan menjadikannya party yang ketiga besar di [[Parlimen Malaysia]] selepas [[Parti Perikatan|PERIKATAN]] dan [[Parti Islam Se-Malaysia|Parti Islam Se-Malaya]] (PAS).
 
Semasa rancangan Perdana Menteri [[Tunku Abdul Rahman]] untuk mengembangkan Tanah Melayu menjadi satu persekutuan yang lebih besar Malaysia pada 1961 telah mengamitkan kerjasama di antara pelbagai parti pembangkang di Parlimen. Maka SF telah berkerjasama dengan [[Parti Negara]], [[Parti Progresif Penduduk]] (PPP), [[Parti Demokratik Bersatu]] atau ''United Democratic Party'' (UDP) dan [[Parti Islam Se-Malaysia|Parti Islam Pan-Malaysia]] (PMIP), untuk membantah rancangan yang dilihat sebagai agenda tersendiri [[Parti Perikatan|PERIKATAN]].
 
Sementara itu, SF juga memperkuatkan penguasaannya di peringkat kerajaan tempatan seperti di [[Pulau Pinang]], di mana SF telah menguasai 14 dari 15 kerusi bagi kerajaan tempatan [[George Town]] selepas pilihan raya Majlis Bandaran pada 1961. Pada 1965, SF telah menguasai majlis bandaran di [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]] serta juga majlis tempatan di [[Seremban]] dan [[Serdang]]. Faktor-faktor kemiskinan, gaji upah yang kecil dan kesihatan serta perkhidmatan bekalan elektrik dan air menjadi tapak sosialisme berkembang ketika itu. Aktivis kesatuan sekerja, N. Patkunam, seorang ahli pengasas dan ahli jawatankuasa pusat [[Parti Buruh Malaya]] telah memenangi kerusi majlis tempatan [[Sungai Pinang]] pada pilihan raya 1958 dan 1961 dan seterusnya dilantik Timbalan Datuk Bandar pada 1960. Sebagai seorang guru yang muda, beliau telah menjual tanah pusaka ibu bapanya di Green Lane dan menyerahkan hasil jualannya kepada partinya demi untuk memperjuangan menwujudkan satu masyarakat sosialis yang dapat menbenteras kemiskinan dan mendokong pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama.
 
SF telah bertambah kukuh apabila bekas Menteri Pertanian (1955-63), [[Abdul Aziz Ishak]], membawa parti barunya [[Parti Perhimpunan Kebangsaan]] atau [[National Convention Party]] (PPK) untuk menyertai gabungan Barisan Sosialis (SF) apabila beliau disingkirkan daripada UMNO.<ref>{{cite book | last = Weiss | first = Meredith Leigh | authorlink = | coauthors = | title = Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia | publisher = Stanford University Press | date = 2005 | location = Palo Alto | pages = 324 | url = | doi = | id = | isbn = 0804752958 }}</ref> Kerana tekanan hasil pengaruh SF yang berkembang, kerajaan persekutuan [[Parti Perikatan|Perikatan]] telah berusaha menjatuhkannya melalui propaganda mengaitkan sosialisma dengan komunisma dan mendakwanya anti-agama. Pengaruh puak ber[[haluan kiri]] SF yang bertambah semakin kuat telah menyebabkan tindakan keras dari kerajaan [[Parti Perikatan|Perikatan]] pimpinan [[UMNO]].
Baris 33:
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1969]], Barisan Sosialis (SF) yang sebelum ini bertanding dan berjaya dalam [[Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959]] dan [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1964]] telah roboh berikutan pertikaian antara [[Parti Rakyat Malaysia|Parti Rakyat Malaya]] (PRM) dan [[Parti Buruh Malaya]] (LPM) mengenai isu-isu bahasa dan lain-lain meninggalkan PRM bertanding 6 kerusi di atas dirinya sendiri.<ref>[http://web.archive.org/20070819073055/31august1957.blogspot.com/2007/08/watershed-elections-of-1969.html Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian History]</ref> Barisan Sosialis akhirnya terus semakin lemah dan terkubur kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum [[Peristiwa Mei 13]] pada 1969.
 
== Pautan Luar ==
* [http://links.org.au/node/732 Socialist Party of Malaysia: Building socialism while capitalism crumbles, Links – International Journal of Socialist Renewal]
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai parti politik Malaysia]]
* [[Politik Malaysia]]
* [[Parti Rakyat Malaysia|Parti Rakyat Malaya]]
* [[Parti Buruh Malaya]]
* [[Parti Perhimpunan Kebangsaan]]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}