Pertempuran Okinawa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 89:
Keseluruhannya, Tentera Darat ini mempunyai lebih 102,000 askar (dari jumlah ini, 38,000+ adalah artileri bukan divisyen, bantuan tempur dan trup Markas, dengan 9,000 askar cabang lain),<ref name="Rottman 2002 39"/> lebih 88,000 askar Marin dan 18,000 anggota tentera laut (kebanyakannya [[Seabee]] dan anggota perubatan).<ref name="Rottman 2002 40"/> Pada permulaan Pertempuran Okinawa, Tentera Darat Ke-10 mempunyai 182,821 anggota dibawah pemerintahannya.<ref name="Rottman 2002 40"/> Ia dirancang bahawa Jeneral Buckner akan melapor kepada Turner sehingga fasa amfibia selesai, selepas itu beliau akan melapor terus kepada Spruance.
 
Walaupun angkatan darat Bersekutu terdiri sepenuhnya dari unit-unit Amerika, [[Armada Pasifik British]] (BPF; dikenali oleh Tentera Laut AS sebagai Pasukan Petugas 57) menyediakan kira-kira ¼ daripada kuasa udara tentera laut Bersekutu (450 pesawat). Ia terdiri dari sebuah pasukan yang mengandungi 50 kapal perang, 17 darinya adalah kapal pengangkut pesawat; manakala [[dekgeladak terbangpenerbangan berperisai]] British bermakna sedikit pesawat yang boleh dibawa dalam sebuah kapal pengangkut pesawat, mereka lebih tahan dari serangan ''kamikaze''.{{Citation needed|date=April 2016}}
 
Walaupun semua kapal pengangkut pesawat disediakan oleh pihak Britain, kumpulan pengangkut adalah armada gabungan [[Negara-Negara Komanwel]] bersama kapal dan anggota British, [[Tentera Laut Diraja Kanada|Kanada]], [[Tentera Laut Diraja New Zealand|New Zealand]] dan [[Tentera Laut Diraja Australia|Australia]].{{Citation needed|date=March 2011}} Misi mereka adalah untuk meneutralkan [[Pangkalan udara tentera|lapangan terbang]] Jepun di [[Pulau Sakishima]] dan menyediakan perlindungan udara terhadap serangan ''kamikaze'' Jepun. Kebanyakan [[pesawat pejuang]] dan [[pesawat pengebom junam]] kecil dan [[Pesawat serangan darat|pesawat serangan]] adalah pesawat Tentera Laut AS yang [[Kapal pengangkut pesawat|berpangkalan di laut]].