Bini-Biniku Gangster: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k menambah Kategori:Filem arahan Ismail Bob Hashim (HotCat) |
k Bot: perubahan kosmetik |
||
Baris 26:
'''''Bini-Biniku Gangster''''' ialah sebuah filem bergenre aksi komedi yang ditayangkan pada 22 September 2011 di [[Malaysia]]. Filem ini diarahkan oleh [[Ismail `Bob' Hashim]] dan dibintangi oleh [[Shaheizy Sam]], [[Yana Samsudin]], [[Intan Ladyana]], dan [[Zalif Sidek]] ini menceritakan kegiatan isteri-isterinya dalam kumpulan kongsi gelap.
== Plot ==
Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.
== Pelakon ==
[[Fail:YanaSamsudin.jpg|thumb|kiri|Yana Samsudin memegang watak sebagai Manja dalam filem ini.]]
* [[Shaheizy Sam]] - Harry
Baris 39:
* [[Zul Handy Black]] - Muza
== Maklum Balas ==
=== Keseluruhan ===
Keseluruhan ini dilihat berjaya menghiburkan penonton. Jalan cerita yang ringkas dan situasi berpoligami digambarkan dengan menarik. Walaupun ada yang menyatakan bahawa filem ini sama dengan filem luar bertajuk ''My Wife is A Gangster'', tetapi filem ini lain. Filem ini tidak terlepas daripada adengan-adengan yang meleret seperti pengenalan watak Reanna dan kisah cinta antara Harry dan Manja.
Lakonan yang ditonjolkan oleh Shaheizy Sam berjaya membantu dua watak utama(Intan & Yana) dalam menghayati watak mereka. Keserasian antara Harry & Manja berjaya digambarkan dengan baik oleh Sam dan Yana<ref>http://www.tupai.com.my/2011/09/ulasan-bini-biniku-gangster.html</ref>.
=== Kutipan ===
Filem ini berjaya mendapat kutipan RM 3 juta pada enam hari tayangan<ref>http://yusufultraman.com/2011/09/kutipan-terkini-filem-bini-biniku-gangster-6-hari-tayangan/</ref>. Bagi penerbit filem ini, David Teo, beliau menjangkakan filem ini boleh mencapai kutipan lebih RM 6 juta bagi tempoh masa akan datang.
== Rujukan ==
{{reflist}}
== Lihat juga ==
* [[Filem Malaysia tahun 2011]]
== Pautan luar ==
* [http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Bini-Biniku_Gangster_1055 Bini-Biniku Gangster] di Sinema Malaysia
* [http://finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2011 Kutipan Filem 2011]
* [http://www.facebook.com/fadzilzahari6 Fadzil Zahari] Penulis Skrip Filem Bini Biniku Gangster
{{tunas|filem}}
|