Bukit Gantang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
<table border="1" width="310" cellpadding="2" cellspacing="0" align="right" style="margin: 0 0 1em 1em; border:2px solid #1DACD6; font-size:100%; font-family:Arial,Helvetica" >
<tr><th colspan="2" align="center" bgcolor="skyblue">Mukim Bukit Gantang</th></tr>
<tr><td colspan="2">[[imejFail:Coat of arms of Perak.svg|centretengah|150px]]</td></tr>
<tr><th colspan="2" align=""center"" bgcolor=""skyblue"">'''Geografi'''</th></tr>
<tr><td>'''Status'''</td><td>Mukim</td></tr>
Baris 11:
<tr><td>'''Keluasan'''</td><td>N/A</td></tr>
</table>
'''Bukit Gantang''' merupakan mukim dalam daerah [[Taiping]], [[negeri Perak]] Darul Redzuan. Mukim Bukit Gantang terletak di bawah pentadbiran Daerah [[Larut, Matang dan Selama]]. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kg. Buaya, Daerah [[Kuala Kangsar]] yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai [[Bukit Berapit]]. Terletak pada koordinat 4° 47' 0" Utara, 100° 46' 0" Timur. Kampung Bukit Gantang berhampiran [[Lebuhraya Utara-Selatan]], berdekatan dengan [[Changkat Jering]], [[Kampung Cheh]], [[Matang]], [[Padang Rengas]], [[Kuala Sepetang]] dan lain-lain.
 
Nama gantang diambil daripada nama bukit, ditemui sejenis alat yang dinamakan [[gantang]].{{fact|Ini cerita rekaan ke?}} Gantang ialah sejenis alat untuk mengukur jumlah [[beras]] atau [[padi]]. Bentuknya seperti bentuk tong susu tepung Nestle yang bersaiz 2 kilo. Saiz yang lebih kecil ialah [[cupak]]. 4 cupak bersamaan 1 gantang.
 
Kawasan ini merupakan kawasan pertanian khususnya [[padi sawah]] , getah, kelapa sawit dan buah-buahan. Bukit Gantang mendapat julukan 'Tropical Fruit Village'. Hampir keseluruhan penduduknya terdiri daripada orang [[Melayu]].
 
== Sejarah awal Bukit Gantang ==
 
Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan [[Larut]] oleh [[Long Jaafar]] setelah dilantik sebagai Ketua daerah Larut<ref>[http://www.google.com.my/search?tbm=bks&hl=en&q=%22Long+Jaafar%22+raja+larut&btnG=#hl=en&tbs=bkv:a&tbm=bks&sclient=psy-ab&q=%22In+1850+Long+Jaafar+was+given+a+grant%22&oq=%22In+1850+Long+Jaafar+was+given+a+grant%22&aq=f&aqi=&aql=&gs_l=serp.3...14833.17940.0.18347.3.3.0.0.0.0.128.310.1j2.3.0...0.0.vY_6qZnbM5k&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&fp=d9c4167fc3051cfa&biw=1280&bih=619 Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Volume 26, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch, Singapore]</ref> melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III<ref>[https://sites.google.com/site/malaysianroyal/home The Malaysia's Royal-Pengesahan nama sultan dan jawatan Panglima Bukit Gantang (1857 - 1865)]</ref>, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.
 
Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari Thai dan [[Kedah]] semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan [[Kedah]] terhadap Kerajaan Negeri [[Perak]] dan menyaksikan pertahanan utara negeri [[Perak]] jatuh kepada Thai dan [[Kedah]] yang mengakibatkan angkatan perang [[Perak]] terpaksa berundur ke [[Kuala Kangsar]] sebelum perjanjian damai antara Thai dan [[Perak]] ditandatangani.
 
=== Peperangan Siam dan Perak ===
Peperangan ini berlaku adalah disebabkan keengganan Kerajaan [[Perak]] menghantar [[Bunga Emas]] kepada Siam yang menyaksikan bahawa Kerajaan [[Perak]] berada dibawah naungan Siam. Walaubagaimanapun, Kerajaan [[Perak]] tidak mengiktirafkan. Sultan [[Kedah]] telah diarahkan oleh Kerajaan Siam untuk menyerang Kerajaan [[Perak]] kerana pada ketika itu Kerajaan [[Kedah]] berada dibawah jajahan Siam. Terdahulu dalam tahun 1767, Kerajaan Siam [[Ayutthaya]] telah ditawan oleh Sukhuthai dari Lannathai yang beragama Buddha. Dan selepas kejatuhan Kerajaan Islam Patani ke tangan Siam.
 
=== Zaman Keemasan Bukit Gantang ===
Semasa dibawah era pemerintahan [[Long Jaafar]], Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan [[Larut]].
 
Baris 33:
Stesen Keretapi yang pertama dibuat di Tanah Melayu adalah antara Taiping - Port Weld pada tahun 1885.<ref>[http://www.google.com.my/search?tbm=bks&hl=en&q=%22Long+Jaafar%22+raja+larut&btnG=#hl=en&gs_nf=1&ds=bo&pq=%20taiping%20-%20port%20weld&cp=90&gs_id=3&xhr=t&q=%20Short%20railways%20were%20built%20from%201885%20onwards%2C%20Port%20Weld%20to%20Taiping%2C%20Klang%20to%20Kuala%20Lumpur%2C&pf=p&tbs=bkv:a&tbm=bks&sclient=psy-ab&oq=+Short+railways+were+built+from+1885+onwards,+Port+Weld+to+Taiping,+Klang+to+Kuala+Lumpur,&aq=f&aqi=&aql=&gs_l=&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&fp=d9c4167fc3051cfa&biw=1280&bih=619 Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch, Singapore, Project Muse, Vol. 3, pt. 2 comprises a monograph entitled: British Malaya, 1864-1867, by L.A. Mills, with appendix by C. O. Blagden, 1925.]</ref>
 
=== Zaman Kesuraman Bukit Gantang ===
Apabila Syed Alang Alauddin mangkat dalam tahun 1862, [[Long Jaafar]] telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik [[Ngah Ibrahim]] untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut. Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan [[Larut]] dari Bukit Gantang ke [[Matang]] kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari [[Taiping]].
 
Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan [[Larut]] di [[Matang]], [[Ngah Ibrahim]] telah menjadikan Pelabuhan [[Kuala Sepetang]] sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau. Walaubagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir [[JWW Birch|James Birch]]. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti [[Kota Bukit Gantang]], Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.
 
== Wakil rakyat ==
* Tahun 2009, Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 55,426 pemilih biasa dan 136 pemilih pos.
* Tahun 2004, [[Parlimen]] P 59 Bukit Gantang mempunyai (53,880) pengundi. Mengikut perangkaan SPR , peratus pengundi [[Melayu]] : 62.95% [[Cina]] : 27.36% [[India]]: 9.56% Lain: 0.12%. Parlimen Bukit Gantang terbahagi kepada 3 Adun iaitu DUN [[Changkat Jering]], [[Kuala Sepetang]] dan [[Terung]].
* Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1995]] , Datuk Dr [[Abdullah Fadzil Che Wan]]- BN/UMNO menewaskan calon PAS, [[Roslan Shaharum]].
* Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999]], [[Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia]] (SPR) mengisytiharkan kawasan ini dimenangi oleh : Datuk Dr [[Abdullah Fadzil Che Wan]] daripada [[Barisan Nasional]] dengan [[majoriti]] sebanyak 5,101 undi.
* Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2004]], [[Tan Lian Hoe]] daripada [[Barisan Nasional]] (Ketua Wanita [[Gerakan]]) menewaskan Dr. [[Lo' Lo' Mohamad Ghazali]] daripada parti [[PAS]]. Tan Lian Hoe mendapat 16846 undi. Dr Lo' Lo' mendapat 10144 undi. [[Majoriti]] undi ialah 6702, [[Jumlah Undi]] 27645, [[Undi Rosak]] 655 dan [[peratusan mengundi]] ialah 51.4
* Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] calon PAS [[Roslan Shaharum]] menewaskan Dato [[Mohd Azim Zabidi]] dari [[Barisan Nasional]] / [[UMNO]]. Roslan Shaharum meninggal dunia pada Februari 2009 dan [[pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009]] diadakan pada 7 April 2009.
* Dalam [[pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009]], calon PAS Dato Seri Ir [[Mohammad Nizar Jamaluddin]] menewaskan Ismail Safian dari [[Barisan Nasional]] / [[UMNO]] dan Kamarul Ramizu Idris yang merupakan calon Bebas.
* Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2013]], Bukit Gantang ditandingi oleh calon [[Barisan Nasional]] / [[UMNO]], Datuk [[Ismail Saffian]] dan calon PAS, Ustaz [[Idris bin Ahmad]].
 
== Kampung ==
Antara kampung di sini ialah:
* Kampung Bukit Gantang
Baris 68:
 
== Masjid ==
* Masjid Al-Naim [[Kampung Pauh]], Bukit Gantang, 34850 Changkat Jering
* Masjid Ar-Rusydiah [[Kampung Jelutong]], Bukit Gantang, 34850 [[Changkat Jering]]
* Masjid Jamek [[Kampung Sendok]], Bukit Gantang, 34850 [[Changkat Jering]]
* [[Masjid Jamek Bukit Gantang]], Bukit Gantang, 34850 [[Changkat Jering]]
* Masjid Kampung Cheh, [[Kampung Cheh]], Bukit Gantang, 34850 [[Changkat Jering]]
 
== Sekolah ==
Baris 81:
* [[Sekolah Menengah Tengku Menteri Changkat Jering]]
 
== Rujukan ==
{{reflist}}