Burung Gagak Hitam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 20:
 
 
== Sistematik ==
Tidak terdapat pendekatan sistematik yang baik untuk genus ini pada waktu sekarang. Secara amnya, spesies daripada sebuah kawasan geografi dianggap lebih berkait rapat antara satu sama lain berbanding dengan keturunan-keturunan yang lain, tetapi ini tidak semestinya betul. Umpamanya, sedangkan kumpulan Burung Gagak Karion/Kolar/Rumah sudah tentu amat berkait dengan satu sama lain, keadaannya tidak begitu jelas tentang spesies-[[spesies]] di [[Australia]] dan [[Melanesia]].
 
Walaupun terdapat banyak rekod [[fosil]] [[Neogen]] di [[Eropah]], hubungan-hubungan antara kebanyakan spesies prasejarah tidak jelas. Burung-burung dengan saiz burung jackdaw, gagak, dan raven kelihatan telah wujud semenjak lama lagi, dengan burung-burung gagak yang sering diburu oleh [[manusia]] sejak dari [[Zaman Besi]] mendokumenkan evolusi takson-[[takson]] moden. Sebaliknya, burung-burung gagak Amerika tidak didokumenkan dengan begitu baik.
 
Sebilangan spesies yang amat besar dan mengejutkan telah [[Kepupusan|pupus]] selepas penerokaan manusia; kehilangan sejenis burung gagak [[Caribbean]] prasejarah mungkin diakibatkan oleh perubahan-perubahan iklim [[Zaman Ais]] yang terakhir.
 
== Pemburuan ==
Menurut peraturan-peraturan persekutuan di [[Amerika Syarikat]], pemburuan burung gagak adalah sah di sisi [[undang-undang]] bagi kebanyakan negeri, biasanya antara sekitar bulan Ogos hingga akhir bulan Mac, dan pada bila-bila masa sahaja jika burung itu mengakibatkan kacau ganggu atau bahaya kesihatan. Bilangan yang boleh diburu tidak dihadkan semasa "musim pemburuan burung gagak".
 
Di [[United Kingdom]], pembunuhan atau pemburuan burung gagak di kawasan-kawasan liar diharamkan.
 
== Evolusi ==
Burung Gagak kelihatan berevolusi dari [[Asia Tengah]] dan kemudian tersebar masuk ke [[Amerika Utara]], [[Eropah]], dan [[Australia]].
 
Bagaimanapun, [http://www.pnas.org/cgi/content/abstract/0401892101v1 bukti] terkini kelihatan menunjukkan Australasia sebagai asal untuk [[famili]] yang awal (Corvidae) melalui cabang yang melahirkan kumpulan-kumpulan moden seperti [[Burung Gagak Eurasia]], [[Burung Murai]], dan Burung ''Corvus'' yang berwarna hitam sebahagian besarnya. Burung-burung gagak telah lama meninggalkan Australasia dan kini berkembang di [[Asia]]. Agak baru-baru ini, ''Corvus'' telah masuk semula ke Australia dan melahirkan lima [[spesies]] serta satu subspesies yang dapat dicamkan.
Baris 39:
Untuk maklumat tambahan tentang saudara-saudara burung gagak seperti [[Burung Murai]] dan [[Burung Gagak Eurasia]], sila lihat [[Corvidae]].
 
== Pautan luar ==
{{commonscat|Corvus}}
* [http://www.birds.cornell.edu/crows/crowfaq.htm Soalan Lazim mengenai Burung Gagak]
 
* [http://www.birdhouses101.com/crow.asp Laman web ''BirdHouses101.com'']
* [http://www.crows.net/ Laman web ''Crows.net'': Bahasa dan Budaya Burung Gagak]
* [http://nationalzoo.si.edu/Publications/ZooGoer/2005/6/Books_naturally_ND_05.cfm Bersama-sama dengan Burung Gagak dan Burung Raven] – oleh John M. Marzluff dan Tony Angell
* [http://www.clcookphoto.com/crows.htm Gambar-gambar foto dan ulasan-ulasan Burung Gagak]
* [http://www.sciencemag.org/feature/data/crow/ Video mengenai Burung Gagak membuat dan menggunakan alat-alat]
* [http://users.ox.ac.uk/~kgroup/tools/tools_main.shtml Lebih banyak maklumat tentang penggunaan alat oleh Burung Gagak, dengan rujukan]
* [http://ibc.hbw.com/ibc/phtml/familia.phtml?idFamilia=188 Video-video Burung Gagak dalam Koleksi Burung Internet]
 
== Pautan luar ==
* [http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=&q=%22Corvus+enca%22 Carian Google.]
 
{{Senaraiburung}}
 
[[Kategori: Burung|Gagak Hitam]]