Buta warna: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 23:
Kebutaan warna lazimnya digolongkan sebagai kecacatan ringan, tetapi kadang-kadang terdapat keadaan yang mana ia memberikan kelebihan. Sesetengah kajian membuat kesimpulan bahawa golongan buta warna lebih cekap menembusi penyamaran warna tertentu. Hasil-hasil sedemikian mungkin mendatangkan sebab evolusi kepada betapa ketaranya buta warna merah–hijau.<ref name=Morgan>{{cite journal |author=Morgan MJ, Adam A, Mollon JD |title=Dichromats detect colour-camouflaged objects that are not detected by trichromats |journal=Proc. Biol. Sci. |volume=248 |issue=1323 |pages=291–5 |year=1992 |month=June |pmid=1354367 |doi=10.1098/rspb.1992.0074 }}</ref> Juga terdapat kajianyang menganjurkan bahawa mereka yang menghidap suatu jenis buta warna boleh membezakan warna-warna yang tidak dapat dibezakan oleh mereka yang berpenglihatan warna normal.<ref>{{cite journal|last=Mollon|first=J. D.|coauthors=Bosten, J. M., Robinson, J. D., Jordan, G.|title=Multidimensional scaling reveals a color dimension unique to 'color deficient' observers.|journal=Current Biology|year=2005|issue=15|pages=R950–R952|url=http://vision.psychol.cam.ac.uk/jdmollon/papers/Bostenetal05.pdf}}</ref>
 
== Pengelasan ==
=== Mengikut punca ===
 
[[ImageFail:Gay flag.svg|thumb|rightkiri|Pelangi warna seperti yang dilihat oleh seseorang tanpa sebarang kecacatan penglihatan warna.]]
[[ImageFail:Rainbow Protanopia.svg|thumb|rightkiri|Pelangi yang sama seperti yang dilihat oleh penghidap protanopia.]]
[[ImageFail:Rainbow Deuteranopia.svg|thumb|rightkiri|Pelangi yang sama seperti yang dilihat oleh penghidap deuteranopia.]]
[[ImageFail:Rainbow Tritanopia.svg|thumb|rightkiri|Pelangi yang sama seperti yang dilihat oleh penghidap tritanopia.]]
 
Kecacatan penglihatan warna boleh digolongkan sebagai perolehan atau warisan.
* Perolehan: Contohnya, kecederaan fizikal mahupun kimia pada mata, saraf optik atau bahagian otak yang memantau penglihatan warna
* Warisan: Terdapat tiga jenis kecacatan penglihatan warna warisan atau kongenital, iaitu: monokromasi, dikromasi, dan trikromasi beranomali.
** [[Monokromasi]], atau "buta warna sepenuhnya", adalah ketidakupayaan untuk membezakan warna-warna (penglihatannya seolah-olah filem hitam putih); disebabkan oleh kecacatan atau ketiadaan kon. Monokromasi berlaku apabila dua atau ketiga-tiga pigmen kon hilang, maka penglihatan warna dan kecahayaan terhad kepada satu dimensi.
:** [[Akromatopsia|Monokromasi rod]] (akromatopsia) adalah ketidakupayaan tak progresif yang teramat jarang ditemui untuk membezakan mana-mana warna disebabkan tiadanya atau kerosakan kon retina. Ia dikaitkan dengan kepekaan cahaya ([[fotofobia]]), ayunan mata luar kawalan ([[nistagmus]]), dan kerabunan mata.
:** [[Monokromasi kon]] adalah kebutaan warna sepenuhnya yang jarang-jarang ditemui, diiringi oleh penglihatan yang agak normal, elektroretinogram, dan elektrookulogram. Monokromasi kon juga berpunca daripada mempunyai lebih daripada sejenis kebutaan warna dikromasi. Contohnya, seseorang yang menghidap protanopia dengan tritanopia sekaligus dikira mengalami monokromasi kon. Oleh sebab monokromasi kon adalah ketiadaan atau kerosakan lebih daripada satu kon dalam persekitaran retina, maka mempunyai dua jenis dikromasi adalah persamaannya.
** [[Dikromasi]] merupakan kecacatan penglihatan warna sederhana parah yang mana tiadanya atau cacatnya satu daripada tiga mekanisme warna asas. Ianya adalah warisan, dan dalam kes protanopia atau deuteranopia, berkaitan seks, lebih-lebih lagi pada lelaki. Dikromasi berlaku apabila hilangnya salah satu pigmen kon, maka pencerapan warna terhad kepada dua dimensi.
:** Protanopia merupakan kecacatan penglihatan warna parah yang disebabkan oleh tiadanya sama sekali fotoreseptor retina merah. Ia merupakan sebentuk dikromatisme yang mana penghidapnya boleh mencerap cahaya dalam jarak gelombang 400 ke 650nm sahaja, daripada 700nm yang kebiasaannya. Warna merah tulen tidak kelihatan, sebaliknya hanya kelihatan hitam; warna-warna ungu tidak dapat dibezakan dengan biru; merah bercelup jingga mungkin kelihatan sebagai kuning yang amat malap, dan kesemua warna jingga-kuning-hijau yang terlalu jauh jarak gelombangnya untuk merangsang reseptor biru kelihatan serba kuning. Ia adalah warisan, berkaitan seks dan terdapat pada 1% lelaki.
:** Deuteranopia merupakan kecacatan penglihatan warna yang mana tiadanya fotoreseptor retina hijau, menjejaskan pembezaan merah–hijau secara sederhana. Ia merupakan bentuk dikromatisme yang mana hanya terdapat dua pigmen kon. Ia juga warisan dan berkaitan seks.
:** Tritanopia adalah gangguan penglihatan warna yang jarang sekali, yang mana hanya terdapat dua pigmen kon dan ketiadaan sama sekali reseptor retina biru. Yang biru kelihatan kehijauan, kuning dan jingga kelihatan seakan merah jambu, manakala warna ungu kelihatan merah. Ia berkaitan dengan Kromosom "7".
** [[Trikromasi]] beranomali adalah sejenis kecacatan penglihatan warna warisan yang sering ditemui, terjadi apabila salah satu daripada ketiga-tiga pigmen kon mengalami kelainan pada kepekaan spektrum. Ini menyebabkan kecacatan, bukan kehilangan, trikromasi (penglihatan warna normal tiga dimensi).
:** Protanomali merupakan kecacatan penglihatan warna lembut yang mana kelainan kepekaan spektrum pada reseptor retina merah (lebih dekat kepada respons reseptor hijau) menyebabkan kesukaran membezakan merah dengan hujau. Ianya warisan, berkaitan seks dan terdapat pada 1% lelaki.
:** Deuteranomali, disebabkan oleh anjakan yang serupa pada reseptor retina hijau, adalah kecacatan penglihatan warna yang paling umum ditemui, menjejaskan sedikit pembezaan merah–hijau pada 5% lelaki Eropah. Ianya warisan dan berkaitan seks.
:** Tritanomali adalah kecacatan penglihatan warna warisan yang jarang ditemui, menjejaskan pemebzaan biru–hijau dan kuning–merah. Berbeza dengan bentuk-bentuk lain, ia tidak berkaitan seks, sebaliknya berkaitan dengan Kromosom "7".<ref>{{cite book|last=Tovee|first=Martin J.|title=An Introduction to the Visual System|year=2008|publisher=Cambridge University Press|isbn=0-521-70964-4}}</ref>
 
=== Mengikut rupa bentuk klinikal ===
Berasaskan rupa bentuk klinikal, kebutaan warna boleh diperikan sebagai sepenuhnya atau separa. Kebutaan warna sepenuhnya jauh lebih jarang daripada kebutaan warna separa.<ref>{{cite web|url=http://micro.magnet.fsu.edu/primer/lightandcolor/humanvisionhome.html|title=Human Vision and Color Perception|publisher=[[Florida State University]]|author=Spring, Kenneth R.|coauthors=Matthew J. Parry-Hill; Thomas J. Fellers; Michael W. Davidson|accessdate=2007-04-05}}</ref> Terdapat dua jenis kebutaan warna yang utama, iaitu kesukaran membezakan merah dengan hijau, dan kesukaran membezakan biru dengan kuning.<ref>{{cite web|url=http://www.digitalspaceart.com/articles/ColorBlindness.pdf|format=PDF|title=Accommodating Color Blindness|author=Paul S. Hoffman|accessdate=2009-07-01}}</ref><ref>{{cite web|url=http://healthlink.mcw.edu/article/999211295.html|title=Severity of Colorblindness Varies|author=Neitz, Maureen E., PhD|publisher=[[Medical College of Wisconsin]]|accessdate=2007-04-05}}</ref>
* Buta warna sepenuhnya
* Buta warna separa
** Merah–hijau
:** Dikromasi (protanopia dan deuteranopia)
:** Trikromasi beranomali (protanomali dan deuteranomali)
** Biru–kuning
:** Dikromasi (tritanopia)
:** Trikromasi beranomali (tritanomali)
 
Imejan imunopendarfluor adalah satu cara untuk menentukan pengekodan warna merah-hijau. Pengekodan warna yang biasa adalah sukar untuk dibezakan buat mereka yang buta warna merah-hijau (protanopia atau deuteranopia). Menggantikan merah dengan magenta (atas) atau hijau dengan firus (bawah) meningkatan keterlihatan untuk individu-individu sedemikian.<ref>{{cite journal|author=Jones, S.A.; Shim, S.-H.; He, J. and Zhuang, X.|doi=10.1038/nmeth.1605 |journal=Nat. Methods |volume=8|pages= 499–505 |year=2011|title=Fast, three-dimensional super-resolution imaging of live cells|issue=6 |pmid=21552254 |pmc=3137767}}</ref>
 
== Jenis ==
=== Buta warna sepenuhnya ===
''[[Akromatopsia]]'' secara khususnya bermaksud ketidakupayaan melihat warna. Walaupun istilah tersebut juga bererti gangguan perolehan seperti [[akromatopsia serebrum]] yang juga dikenali sebagai agnosia warna, namun ia biasanya memaksudkan gangguan penglihatan warna kongenital (iaitu lebih kepada [[monokromasi rod]] daripada [[monokromasi kon]]).<ref name=blom>
{{cite book
Baris 74:
Penghidap akromatopsia serebrum tidak boleh mencerap warna walaupun matanya mampu membezakan warna. Sesetengah pihak tidak menerima ini sebagai buta warna kerana kegagalannya terletak pada pencerapan, bukan penglihatan. Ianya merupakan bentuk-bentuk [[agnosia visual]].<ref name=blom/>
 
=== Buta warna merah–hijau ===
[[ImageFail:XlinkRecessive.jpg|thumb|Pewarisan resesif berkaitan X]]
 
Protanopia, deuteranopia, protanomali, dan deuteranomali merupakan kebutaan warna warisan umum yang menjejaskan sebahagian ketara daripada jumlah manusia di dunia, yang mana penghidapnya sukar membezakan warna merah dengan hijau kerana ketiadaan fotoreseptor retina merah atau hijau.<ref>{{cite journal |author=Bang Wong |title=Points of view: Color blindness |journal=Nature Methods | volume=8 | page=441 | year=2011 | month=may |doi=10.1038/nmeth.1618 |issue=6 | pmid=21774112}}</ref><ref>{{cite journal | author=Neitz J, Neitz M |title=The genetics of normal and defective color vision | journal=Vision Research | volume=51 | issue=5 | pages=633–51 | year=2011 | month=April | pmid=21167193 | pmc=3075382 | doi=10.1016/j.visres.2010.12.002 }}</ref> Ianya berkaitan dengan seks: kebutaan warna merah–hijau genetik lebih ketara pada lelaki daripada perempuan kerana [[gen|gen-gen]] untuk reseptor warna merah dan hijau terletak pada [[kromosom]] X, yang mana lelaki mempunyai satu sahaja sementara perempuan mempunyai dua. Perempuan (46, XX) menjadi buta warna merah–hijau hanya jika ''kedua-dua'' kromosom X-nya cacat pada gen-gen reseptor warna berkenaan, sementara lelaki (46, XY) menjadi buta warna jika kromosom X tunggalnya cacat.
Baris 83:
Oleh sebab sebutir kromosom X dilumpuhkan secara rambang dalam setiap sel ketika perkembangan perempuan, adalah mungkin baginya untuk memiliki empat jenis kon yang berbeza, seperti apabila pembawa protanomali beranak dengan lelaki yang deuteranomali. Dengan menandakan alel penglihatan normal sebagai P dan D dan yang cacat dengan p dan d, si pembawa adalah PD pD sementara si lelaki adalah Pd. Anak perempuan mereka sama ada PD Pd atau pD Pd. Andaikan si anak adalah pD Pd. Setiap sel dalam badannya mengungkapkan sama ada kromosom pD ibunya atau Pd bapanya. Maka pencerapan merah–hijaunya akan melibatkan kedua-dua pigmen normal dan cacat untuk kedua-dua warna. Perempuan sedemikian adalah [[tetrakromasi]] kerana memerlukan campuran empat cahaya spektrum untuk memadankan cahaya yang sembarangan.
 
== Lihat juga ==
* [[Akromatopsia otak]]
* [[Ujian warna Ishihara]]
Baris 90:
* [[Tetrakromasi]]
 
== Rujukan ==
;Nota penjelasan
<references group=Note/>
Baris 97:
{{Reflist|30em}}
 
== Bacaan lanjut ==
* {{cite book|author=Kaiser, Peter K.; Boynton, Robert M.|title=Human color vision|publisher=Optical Society of America|location=Washington, DC|year=1996|isbn=1-55752-461-0|oclc=472932250}}
* {{cite book|author=McIntyre, D. John|title=Colour blindness: causes and effects|publisher=Dalton Publishing|location=Chester|year=2002|isbn=0-9541886-0-8|oclc=49204679}}
Baris 103:
* {{cite book|author=Shevell, Steven K.|title=The science of color|publisher=Elsevier|location=Amsterdam|year=2003|isbn=0-444-51251-9|oclc=52271315}}
* {{cite book|author=Hilbert, David; Byrne, Alexander|title=Readings on color|publisher=MIT Press|location=Cambridge, Mass|year=1997|isbn=0-262-52231-4|oclc=35762680}}
* {{cite book|author=Stiles, W. S.; Wyszecki, Günter|title=Color science: concepts and methods, quantitative data and formulae|publisher=John Wiley & Sons|location=Chichester|year=2000|isbn=0-471-39918-3|oclc=799532137}}
 
== Pautan luar ==
{{Commons category}}
{{Wikisource}}