Ceteris paribus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
'''''Cēterīs pāribus''''' merupakan istilah dalam [[bahasa Latin]], yang secara harafiah dalam [[bahasa Melayu]] dapat diterjemahkan sebagai "''dengan hal-hal lainnya tetap sama''", dan dalam [[bahasa Inggeris]] biasanya diterjemahkan sebagai "''all other things being equal''."
 
Dalam [[ilmu ekonomi]], istilah ''ceteris paribus'' seringkali digunakan, iaitu sebagai suatu andaian untuk memudahkan pelbagai formulasi dan keterangan daripada pelbagai jenis anggapan ekonomi.
 
Sebagai contoh, dapatlah dikatakan bahawa:
:Harga dari daging lembu akan meningkat — ''ceteris paribus'' — apabila kuantiti daging lembu yang diminta oleh pembeli juga meningkat.
Dalam contoh tersebut, penggunaan ''ceteris paribus'' adalah untuk menyatakan hubungan pengendalian antara harga dan kuantiti suatu barang (daging lembu). ''Ceteris paribus'' di sini bermaksud bahawa andaian yang diambil ialah mengabaikan pelbagai jenis faktor yang diketahui dan yang tidak diketahui yang dapat memengaruhi hubungan antara harga dan kuantiti permintaan. Faktor-faktor tersebut tamsilnya termasuk: harga barang pengganti (tamsilnya harga daging ayam atau daging kambing), tingkat mengelakkan risiko para pembeli (tamsilnya ketakutan pada [[penyakit lembu gila]]), atau adanya tingkat permintaan keseluruhan terhadap suatu barang tanpa melihat tingkat harganya (tamsilnya perpindahan masyarakat kepada vegetarianisme).