Dasar Pandang ke Timur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Terbitkan fakta baru
k Bot: perubahan kosmetik
Baris 1:
Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari pertengahan abad ke-19 sehingga 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas 1945. Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.<ref>''' '''Uqbah Iqbal, ''Sejarah Pemikiran Pandang Ke Timur: Kepentingan Jepun Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia (1906-1980)'', Bangi: UKM Press, 2017.</ref> '''Dasar Pandang ke Timur''' merupakan dasar [[ekonomi]] yang dilancarkan oleh mantan [[Perdana Menteri Malaysia]], Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] pada 8 Februari 1982. Ketika itu Dr Mahathir baru menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981). Dasar ini diumumkan semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
 
Dasar ini sebagai reaksi kepada dasar 'Buy British Last' yang juga diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1981.
Baris 5:
Dasar Pandang Ke Timur bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara [[Jepun]] dan [[Korea Selatan]] sebagai contoh etika bekerja. Lebih 15,000 rakyat Malaysia telah memperoleh manfaat menerusi dasar itu.
 
== Bidang tumpuan ==
=== Perubahan Struktur ===
# Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
# Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
Baris 12:
# Konsep Pejabat Terbuka
# Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
# Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
=== Perubahan Sikap ===
# Perkhidmatan Cemerlang
# Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
# Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)
=== Latihan dan Kursus ===
# Latihan Perindustrian dan Teknikal
# Program Pengajian Akademik
Baris 25:
# Skim Latihan Pembangunan Usahawan<ref>[http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=240:dasar-pandang-ke-timur&catid=88:dasar-dasar-negara Dasar Pandang Ke Timur]</ref>
 
== Era Najib Tun Razak ==
Pada 20 April 2010, [[Perdana Menteri Malaysia]] Datuk Seri [[Mohd Najib bin Abdul Razak]] bercadang mempertimbangkan semula dasar itu dan memperkenalkan bidang yang baru serta berinovasi. Antara bidang yang sesuai ialah teknologi tercanggih, [[teknologi hijau]], teknologi lestari dan [[bioteknologi]]. [[Perdana Menteri Jepun]] [[Yukio Hatoyama]] menekankan kepada kejayaan [[Universiti Malaysia Jepun]].<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=491858 Masa Untuk Pertimbangkan Semula Dasar Pandang Ke Timur, Kata Najib] Bernama</ref>
 
== Rujukan ==
{{reflist}}