78,774
suntingan
k (Bot: perubahan kosmetik) |
|||
[[
{{Tata Negara Republik Indonesia}}
'''Dewan Perwakilan Daerah''' ('''DPD''') ialah dewan negara dalam sistem [[ketatanegaraan]] [[Republik Indonesia]] yang merupakan wakil-wakil daerah [[provinsi]] dan dipilih melalui [[Pilihan raya umum|Pilihan Raya Umum]]. DPD harus tidak dikelirukan dengan [[Dewan Perwakilan Rakyat Daerah]] (DPRD).
== Pimpinan DPD ==
Pimpinan DPD terdiri daripada seorang ketua dan 2 orang timbalan ketua. Selain daripada bertugas sebagai pimpinan sidang, pimpinan DPD juga berperanan sebagai jurucakap DPD. Ketua DPD pada saat ini ialah [[Irman Gusman]].
== Tugas, bidang kuasa, dan hak ==
Tugas dan [[bidang kuasa]] DPD, antara lain, adalah seperti yang berikut:
* Mengajukan kepada [[Dewan Perwakilan Rakyat]] (DPR) [[rang undang-undang]] yang berkaitan dengan autonomi daerah; hubungan antara pusat dan daerah; pembentukan, pemekaran, dan penggabungan daerah; pengelolaan sumber alam, dan sumber ekonomi yang lain; serta rang undang-undang yang berkaitan dengan pertimbangan kewangan pusat dan daerah. DPR kemudian mengundang DPD untuk membahaskan rang undang-undang tersebut.
* Memberikan pertimbangan kepada DPR tentang pemilihan anggota [[Badan Pemeriksa Kewangan]] (BPK).
* Menerima hasil pemeriksaan kewangan negara daripada Badan Pemeriksa Kewangan
* Memberikan pertimbangan kepada DPR tentang rang undang-undang yang berkaitan dengan [[cukai]], [[pendidikan]], dan [[agama]].
* Mengawasi pelaksanaan undang-undang tentang autonomi daerah; pembentukan, pemekaran, dan penggabungan daerah; hubungan antara pusat dan daerah; pengelolaan sumber alam, dan sumber ekonomi yang lain; pelaksanaan belanjawan daerah (APBD), cukai, pendidikan, dan agama.
Anggota-anggota DPD juga memiliki hak tafsiran, mengundi, mengutarakan pendapat, cadangan dan pertanyaan, selain daripada memiliki hak membela diri, hak kekebalan, dan hak protokol.
== Alat-alat DPD ==
Alat-alat DPD terdiri daripada Pimpinan, Jawatankuasa Ad Hoc, Badan Kehormatan, dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang diperlukan.
== Sekretariat DPD ==
Sekretariat DPD dibentuk melalui Keputusan Presiden untuk mendukung kelancaran pelaksanaan tugas DPD, dengan kakitangannya terdiri daripada pegawai-pegawai [[Perkhidmatan awam|Perkhidmatan Awam]]. Sekretariat ini dipimpin oleh seorang Setiausaha Agung yang dilantik dan diberhentikan menurut Keputusan Presiden atas cadangan Pimpinan DPD.
== Kekebalan ==
Anggota-anggota DPD tidak boleh didakwa di [[mahkamah]] atas pernyataan, pertanyaan, atau pendapat mereka yang dikemukakan dalam sidang-sidang DPD,
▲[[Kategori: Dewan Perwakilan Daerah]]
▲[[Kategori: Dewan negara Republik Indonesia]]
|