Rachun Dunia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
 
==Ringkasan==
Mengisahkan Jamal ([[Osman Gumanti]]) dan Aminah ([[Kasma Booty]]) yang tinggal di kota Singapura. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Mardiana ([[Supatry]]). KebahgiaanKebahagiaan mereka sekeluarga mulai berubah selepas diperkenalkan dengan Harun ([[P. Ramlee]]). Harun pada mulanya seorang ejen insuran ingin menjual perkhidmatannya kepada Tuan Kamil ([[Jaafar Wiryo]]), ayah kepada Jamal. Walaubagaimanapun perkhidmatan insurannya tidak digemari oleh Tuan Kamil, seorang saudagar perniagaan getah asli. Namun begitu, Harun seorang yang licik dengan teknik pujian terhadap Jamal dan Kamil membuatkan Jamal mulai tertarik untuk berkawan rapat bersama Harun. Jamal dijemput untuk menghadiri ke kelab nyanyian milik Harun dengan rakan-rakannya yang lain. Ketika itulah, Jamal diperkenalkan dengan Aishah ([[Siput Sarawak]]). Harun dan Aishah mempunyai niat yang tidak baik terhadap Jamal. Aishah ditugaskan untuk menggoda Jamal sehingga dia boleh mengabaikan keluarga dan pekerjaannya. Walaupun baharu sehari berkenalan, Jamal sudi untuk menjalinkan perhubungan sulit dengan Aishah tanpa pengetahuan dari isterinya, Aminah. Jamal mulai bercakap kasar dengan isterinya sejak dari malam tersebut. Jamal semakin hari semakin berubah, hidupnya mulai dilamun cinta dan pekerjaan hariannya mulai terabai. Suatu hari, Harun membawa Jamal untuk berjumpa dengan Aishah bagi menjalankan muslihatnya untuk memperdayakan Jamal agar menyerahkan wang. Harun berpura-pura memberitahu yang Aishah tiada wang dan pihak hotel meminta mereka untuk membayar penginapan tersebut secara tunai. Jamal tanpa berfikir panjanh terus memberikan sejumlah wang bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Kemudian, Jamal bertekad ingin memperisterikan Aishah walaupun dia sedar perhubungannya akan ditentang oleh ayahnya dan Aminah. Ayahnya begitu kecewa ekoran tindakan Jamal yang ingin menceraikan Aminah dan akan mengahwini dengan Aishah. Dia telah diusir keluar dari rumah sebelum Tuan Kamil meninggal dunia. Amanat terakhirnya agar semua harta peninggalannya diserahkan kepada Aminah tanpa mmeberikan sesen pun kepada waris tunggalnya, Jamal. Mujurlah Karman ([[A. R. Tompel]]) sempat memberitahu kepada Jamal mengenai kematian ayah beliau sebentar tadi. Jamal terus mendesak Aminah untuk menyerahkan surat wasiat arwah ayahnya untuk ditukar milik kepada namanya sendiri. Namun begitu, Aminah sudi menerima Aishah sebagai madunya dan sanggup tinggal sebumbung debgannya. Sedangkan Aishah ingin mengusirnya kelak. Muslihatnya berkesan sehinggakan Jamal mengambil keputusan untuk mengusir Aminah dan Mardiana keluar dari rumah walaupun dia dipujuk rayu oleh Aminah agar tidak menceraikannya. Karman yang mendengar perbalahan tersebut bertindak untuk membantu Aminah dan Mardiana. Beberapa hari kemudian, hubungan Harun dan Aishah semakin dingin kerana dia selama ini hanya makan dari hasil Aishah sahaja. Walaupun Aishah sudah kebingungan bagaimana lagi cara untuk meminta sejumlah wang dari suaminya, Jamal disebabkan perniagaan jualan getah semakin hari semakin merudum. Ekoran dari permasalahan itu, Aishah seorang mata duitan sudah mulai menyesal berkahwin dengan Jamal selama ini. Sementara itu, keadaan Mardiana pula semakin kritikal sehingga membuatkan Aminah ingin meminta pertolongan dari Jamal namun menemui kegagalan manakala Karman pula telah dilanggar oleh motokar semasa ingin meminta pertolongan orang selepas rumah Aminah terbakar mujurlah Mardiana dapat diselamatkan jiran tetangga disitu. Dalam masa yang sama, Aishah mulai curang terhadap Jamal dengan menjalinkan hubungan sulit bersama Harun. Dengan bantuan orang gajinya Mariam ([[Siti Tanjung Perak]]), akhirnya Jamal mengambil keputusan untuk mengusir Aishah keluar dari rumahnya. Kehidupan Jamal mulai berubah selepas kehilangan Aminah dan Mardiana. Mardiana pula berjaya diselamatkan oleh Suparjo ([[Haji Song]]) dan isterinya dan dipertemukan semula dengan Jamal tetapi dia kebingungan di mana hilangnya Aminah. Mujurlah Mariam terserempak dengan Aminah dan memujuknya kembali semula ke pangkuan Jamal memandangkan keadaan sudah menjadi aman semula. Jamal akhirnya memujuk dan meminta maaf kepada Aminah sebelum merujuknya kembali.
 
== Pelakon ==