Aishah (penyanyi): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 47:
 
Namun sejak aktif dalam dunia politik pada tahun 2013, nama Aishah kian dilupakan media. Biarpun masih utuh di hati peminat, penampilan beliau sejak itu semakin berkurangan. Aishah menabur jasa dan kreativiti selama lebih 30 tahun di dalam industri muzik Malaysia dan sedunia hingga menjadi idola dan rujukan ramai penyanyi-penyanyi baharu yang lahir selepasnya seperti [[Siti Nurhaliza]], [[Liza Hanim]], [[Misha Omar]] dan menjadi inspirasi buat penyanyi muda yang menerjah pasaran antarabangsa seperti [[Yuna (penyanyi)|Yuna Zarai]] dan [[Shila Amzah]]. Aishah juga berjaya mengembalikan semula populariti lagu-lagu bernuansa Melayu dan mengangkat muzik tradisional ke peringkat yang lebih komersial pada era 1990an. Pencapaian Aishah di dalam industri Muzik sememangnya sukar untuk dicapai oleh generasi kini dan beliau tetap satu-satunya biduanita kebanggaan negara dan rantau ini.
 
Kehilangan Aishah dalam dunia nyanyian terhenti lagi apabila Aishah bersetuju menyertai program [[Gegar Vaganza (musim 4)]] pada tahun 2017 atas tujuan untuk menghilangkan kerinduan peminat-peminatnya yang ingin kembali mendengar nyanyian beliau. Beliau turut berhasrat untuk menyanyi selagi beliau masih mampu untuk mencapai nota-nota tinggi yang pernah dinyanyikannya dahulu. Aishah telah digelar "the legend" dalam program Gegar Vaganza kerana pengalaman dan usia beliau yang melangkaui penyanyi lain yang pernah menyertai program tersebut. Kemenangan Aishah sebagai juara memberikan semangat baharu buat beliau untuk terus memberikan persembahan terbaik untuk generasi lama yang merindui beliau dan generasi muda yang baru sahaja mengenali beliau.
 
== Penglibatan dalam politik ==