Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Memadam ayat mencetuskan tanda tanya kerana mengikut polisi WP:TAPIS.
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
Filem ini mengisahkan kehidupan tiga bekas pelajar iaitu Botak, Daim dan Ayam yang menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula selepas mereka berdua dibebaskan lebih awal selepas menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan di Sekolah Indera Sakti yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang pernah memusuhi mereka sebaik saja bekas pelajar Wira Bakti dipindahkan ke sekolah tersebut.
 
werekaMereka kemudiannya telah bertekad untuk mengubah kehidupan mereka dan tidak mahu lagi terlibat dengan dunia jenayah. Botak memulakan hidup bersama ayahnya, manakala Ayam juga memulakan hidupnya dengan menyara kehidupan adik-adiknya. Pada masa yang sama, Daim juga berhasrat untuk menyambung pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang guaman dan memulakan hidup baru bersama teman wanitanya, Sara, yang sering menyatakan membuang masa dengan melepak bersama rakannya kerana mahu mengelakkan Daim untuk mengingatkan kenangan lampaunya ketika ditahan. Namun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik juga tidak mudah seperti yang mereka harapkan.
 
Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka.Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.