KLIA Ekspres: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan [[Mei]] [[1997]] dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat [[Jerman]] dan [[Malaysia]] iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun [[1999]] bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.
 
Krisis kewangan yang melanda rantau [[Asia]] pada tahun [[1997]] menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung [[Kuala Lumpur]]-[[KLIA|Lapangan Terbang Antarabangsa KL]] diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan [[Jerman]]. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.
 
===KLIA Ekspres===