Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
미솔파 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 356:
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti [[getah]], [[bijih timah]] dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui [[Dasar Ekonomi Baru]]. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan [[elektronik]] seperti [[cip komputer]] dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan [[ekonomi]] pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor [[teknologi maklumat]] pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.
 
Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar [[inflasi]] dan kadar [[pengangguran]] kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti [[Krisis Kewangan Asia]] pada 1997. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor [[korporat]] terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.
 
Selain [[getah]] dan [[sawit]] yang banyak di [[Semenanjung Malaysia]], [[Sabah]] dan [[Sarawak]] juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, [[petroleum]] dan gas asli.