Kongzi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 28:

[[Analeks]] merupakan sebuah koleksi ringkas mengenai siri perbincangan dengan pengikut-pengikutnya, dan disusun selepas kematian Confucius. Ia mengandungi gambaran keseluruhan ajarannya.

== Kehidupan peribadi ==
{{petikan|Meninjau usia 15 ku teringin belajar; (十五向學)

Meninjau usia 30 ku terdiri teguh; (三十而立)

Meninjau usia 40 ku terhilang keraguan; (四十而不惑)

Meninjau usia 50 ku tererti takdir; (五十而知天命)

Meninjau usia 60 ku terdengar nasihat; (六十而耳順)

Meninjau usia 70 ku termampu kehendak hatiku tanpa terlewati batasan (七十而從心欲,不踰矩)

|<ref>''Analects'', translation by Charles Muller {{Harvnb|The Analects|479 BCE - 221 BCE|loc=[http://www.hm.tyg.jp/~acmuller/contao/analects.html#div-2 II.2, 4]}}</ref>}}

Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah [[:en:Shandong_Province|Shandong]]) yang terletak di negeri [[:en:Lu (state)|Lu]] pada [[:en:Spring_and_Autumn_Period|Zaman Chunqiu]] (春秋時代) China. Ayahandanya yang merupakan seorang komander negeri Lu dan meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidaklah kaya. Kematian ayahandanya meninggalkan mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Confucius sanggup melakukan pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang tinggal berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.

Pada zaman akhiran [[:en:Zhou|Dinasti Zhou]] (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik orang ramai supaya mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta terdahulu. Beliau menmbuat penegasan ajaran-ajaran pendeta terdahulu dalam kelasnya.

Selepas beberapa tahun, ajaran serta teorinya disebarkan luas ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang mengamalkannya.

Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir terhapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehinggakan beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.

Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan meniggal dunia 3 tahun kemudiannya di Lu – 479 S.M.

Selepas beliau meninggal dunia, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan sebuah taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong.

Walaupun Confucius telah meninggal dunia tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokongnya di seluruh China. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah [[Lunyu]] (Inggeris:[[:en:Analects|Analects]]), dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya yang semakin hilang.

== Tokong Confucius di Malaysia ==