Shah Alam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Miiyuh (bincang | sumb.)
Miiyuh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 41:
|footnotes =
}}
'''Bandar Raya Shah Alam''' ialah [[ibu negeri]] bagi Negeri [[Selangor Darul Ehsan]], [[Malaysia]]. Mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandaraya pada pada tahun 2000. Shah Alam, juga merupakan bandaraya yang hampir dengan bandaraya [[Kuala Lumpur]], hanya dipisahkan oleh [[Petaling Jaya]] iaitu sekitar 27 kilometer jaraknya. Jumlah penduduknya; adalah 646 890 orang <ref name="popSA">Laman Sesawang Rasmi MBSA : maklumat awan [http://www.mbsa.gov.my/maklumatawam], dicapai pada 11 November 2012.</ref> dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada 2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya pula ialah burung undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran 'Bandar Raya Anggerik'. Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan 'Bandar Perindustrian' kerana tertubuhnya banyak kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang-kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.
 
== Sejarah Awal Shah Alam ==
Baris 80:
[[File:Kenali petashahalam ms.png|230px|thumb|left|Seksyen-seksyen di bandar raya Shah Alam]]
 
Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar yang serupa dengan [[Petaling Jaya]] atau [[Subang Jaya]] dengan kawasan perumahan memenuhi kebanyakan kawasan bandar raya (55.2&nbsp;km²) dan pusat-pusat komersial bertebaran di sekitar 'Seksyenseksyen' yang berbeza. Shah Alam mempunyai sejumlah 56 seksyen. Umumnya Shah Alam boleh dibahagikan kepada utara, tengah, selatan dan sebahagian [[Sungai Buloh]]. Shah Alam utara terdiri dari 18 Seksyen termasuklah Seksyen U1, U2, Kampung Melayu Subang dan banyak lagi. Ia mengandungi kawasan coklat di sisi sebelah peta. Shah Alam Tengah adalah bahagian 'utama' di Shah Alam. Ia mengandungi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat dalam peta sebagai warna kuning. Dalam kawasan inilah di mana semua bangunan pentadbiran dan agensi terletak terutamanya di Seksyen 14 (Pusat Bandar Shah Alam) dan Seksyen 5 (Pusat pentadbiran kerajaan negeri). Bagaimanapun pembangunan yang dirancang khas untuk sekitar Seksyen 14 masih belum siap dan sedang rancak berjalan, ia dilaksanakan mengikut pelan pembangunan yang dirancang pada tahun 1996 oleh [[PKNS]] dan MBSA. Shah Alam selatan pula mengandungi 12 Seksyen termasuklah Seksyen 25(Sri Muda), Seksyen 30 ([[Jalan Kebun]]), Seksyen 31 ([[Kota Kemuning]]) dan Seksyen 32 ([[Bukit Rimau]]). Di kawasan ini juga ditempatkan beberapa buah kawasan perindustrian yang utama di Shah Alam terutamanya di Seksyen 26 yang menempatkan kilang milik [[Proton]]. Di dalam peta, Shah Alam selatan dilihat pada kawasan yang ditandai ungu muda.
 
Bandar raya ini mempunyai sebilangan pusat membeli belah (''Plaza Alam Sentral'', (juga dikenali sebagai PAS), ''SACC Mall'', ''Plaza Shah Alam'' (dulu dikenali sebagai Shah Alam Mall,juga dikenali sebagai Plaza Masalam), ''Ole-Ole Seksyen 18'', Anggerik Mall, ''Kompleks PKNS'' dan AEON Mall Shah Alam(Jusco) yang baru sahaja dibuka pada awal tahun 2016 di seksyen 13) dan ia mempunyai banyak sekolah, kedai, bank, kedai makan, kafe, hotel, pusat perbuatan, klinik, pasar raya besar (terutamanya [[ÆON BiG|AEON Big]] (seksyen 23), ''[[Giant Hypermarket|Giant]]'' dan ''Tesco Extra'')(Seksyen 13) dan kawasan rekreasi. Kebanyakan kawasan komersial yang terang terletak di pusat bandar raya terutamanya (Seksyen 14), Seksyen 13 dan Seksyen 9.
Baris 119:
* Seksyen 3 - jenis [[pokok]]
* Seksyen 4 - jenis buah-buahan
* Seksyen 5 (Pusatpusat pentadbiran) - pentadbiran
* Seksyen 6 - jenis [[burung]]
* Seksyen 7 - jenis permata dan galian dan [[Universiti Selangor]] (pendidikan)
Baris 135:
* Seksyen 19 - jenis pekerjaan di kawasan pantai
* Seksyen 20 - jenis haiwan
* Seksyen 21 (Tanahtanah Perkuburanperkuburan) - perkuburan
* Seksyen 22 - perusahaan
* Seksyen 23 - perusahaan
Baris 160:
* Seksyen U10 (Alam Budiman) - pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor
* Seksyen U11 (Bukit Bandaraya) - gunung-gunung yang terdapat di Selangor
* Seksyen U12 (Desa Alam dan Cahaya Alam) - Ulamulam-ulaman
* Seksyen U13 (Setia Alam) - Setiasetia
* Seksyen U14
* Seksyen U15
* Seksyen U16 (Taman Bukit Subang) - Bungabunga
* Seksyen U17
* Seksyen U18
Baris 185:
 
# SMK Shah Alam
# SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2
# SMK Seksyen 7
# SMK Seksyen 9
Baris 199:
# SMK Subang
# SMK Subang Bestari
# SAMT Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ)
# Sekolah Seri Cahaya
# SMK TTDI Jaya