The Fellowship of the Ring: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
IVP (bincang | sumb.)
Baris 8:
Set pertama ini adalah permulaan pengembaraan bagi [[Hobbit]] [[Frodo Baggins]] apabila dia melarikan diri dari rumahnya di [[Shire]] untuk mengelakkan diri dari orang suruhan [[Sauron]]. Sauron mencari [[Cincin yang Satu]] yang akan membolehkannya memerintah [[Bumi-tengah]]. Cincin tersebut telah diwariskan kepada Frodo yang mendapati dirinya terlibat tanpa disengajakan ke dalam kancah perebutan kuasa.
 
Bab pertama buku bermula dengan suatu yang ringan yang menyambungi cerita ''[[The Hobbit]]'' yang merupakan lebih kepada cerita kanak-kanak berbanding ''Penguasa Cincin''. Bilbo meraikan ulangtahun hari lahir yang ke-111 (atau sebelas puluh satu seperti yang dipanggil), pada hari yang sama Frodo meraikan hari jadinya yang ke-33. SelpeasSelepas jamuan keraian, Bilbo menghilangkan diri selepas berucap, yang mengejutkan semua orang. Frodo kemudian mengetahui akan hakikat sebenar cincin tersebut.
 
Dengan mengikut nasihat ahli sihir [[Gandalf]], Frodo meninggalkan rumahnya bersama Cincin tersebut. Dengan harapan untuk tiba ke [[Rivendell]], di mana dia akan selamat daripada Sauron, dan di mana terdapat orang yang lebih bijak untuk menentukan apa yang harus dilakukan dengan Cincin tersebut.