Kementerian Dalam Negeri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 70:
Pada [[1 Ogos]] [[1962]], telah berlaku pula penyusunan semula Jemaah Menteri di mana Y.B. Dato' Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman telah dilantik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1965, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah dimansuhkan dan dicantum dengan Kementerian Dalam Negeri yang kemudian diubah namanya kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs).
 
Walau bagaimanapun pada [[1 Jun]] [[1967]], Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman telah meletak jawatan dan beliau diganti oleh Tun [[Abdul Razak bin Dato' Hussein]] sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di samping menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Menteri Pertahanan.
 
Berikutan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 yang dikenali juga sebagai [[Peristiwa 13 Mei]], darurat telah diisytiharkan dan [[Majlis Gerakan Negara]](MAGERAN) telah dibentuk untuk mentadbir negara dengan YAB Tun Abdul Razak sebagai Pengarahnya. Pada 20 Mei 1969, YAB Tun Dr. Ismail telah kembali menjadi anggota Jemaah Menteri dan dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Seterusnya pada 23 September 1970, YAB Tun Abdul Razak telah menubuhkan Jemaah Menterinya sendiri yang mengandungi 18 orang Menteri dan 7 orang Menteri Muda atau Timbalan Menteri. YAB Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
 
Pada 13 Ogos 1973, YB Tan Sri [[Muhammad Ghazali bin Shafie]] dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menggantikan Y.A.B. Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sementara YB Datuk Abdul Samad bin Idris dilantik sebagai Timbalan Menteri.
 
Dalam tahun 1977, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertanggungjawab terhadap 6 Jabatan iaitu [[Polis DiRaja Malaysia]], [[Jabatan Imigresen]], [[Jabatan Pendaftaran Pertubuhan]], [[Jabatan Pendaftaran Negara]], [[Jabatan Penjara Malaysia|Jabatan Penjara]] dan [[Jabatan Hal Ehwal Orang Asli]]. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri adalah juga bertanggungjawab terhadap Peperangan Saraf dan Pasukan Kawalan yang diubah namanya kepada [[Ikatan Relawan Rakyat Malaysia]] atau RELA.