Zakar Manusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Struktur: Memperbaiki ejaan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 22:
Di dalam zakar terdapat tiga turus tisu erektil; ketika zakar dalam keadaan lembik maka zakar akan menyerupai seolah-olah satu span yang berbentuk silinder – kecuali jika dalam keadaan normal akan menjadi membesar bila [[darah]] mengalir. Salah satu silinder terletak pada pangkal zakar mengelilingi [[uretra]], iaitu silinder yang bernama [[korpus spongiosum]]. Dua silinder yang terletak di sisi bahagian sebelah atas zakar; setiap silinder ini bernama [[korpus kavernosum]].
 
Korpora kavernosum (himpunan daripada korpus kavernosum) berperanan dalam membentuk kekerasan zakar ketika tegang, sementara itu korpus spongiosum membuatnya lebih lembut. Salah satu dari dua [[arteri]] utama zakar terdapat di sepanjang pertengahan setiap korpus kavernosum di mana darah mengalir dari zakar ke [[jantung]] melalui urat-urat darah halus yang terletak berhampiran dengan [[kulit]].
 
[[Kelenjar Cowper]] menyimpan cecair pelumas yang biasanya digelar "cecair pra-pemancutan" (dalam bahasa Inggeris basahan: "''pre-cum''"). Bahagian batang dari zakar yang tertanam jauh di dalam tubuh menyebabkan batang zakar tidak bonyok seperti [[testis]]. Di sekeliling batang zakar terdapat jaringan penyambung dan seluruh batang zakar dilindungi oleh lapisan kulit yang tipis.