Besbol: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Besbol''' ([[bahasa Inggeris]]: ''baseball'') merupakan sukan jenis "pukul dan bola" (''bat-and-ball'') yang dimainkan oleh dua pasukan. Satu pasukan dianggotai oleh sembilan pemain. Matlamat utama besbol adalah untuk mengumpulkan markah (''run'') dengan memukul bola yang dilempar menggunakan tongkat pemukul (''bat'') lalu mengelilingi keempat-empat tapak (''base'') yang terletak di sudut-sudut sebuah segi empat (''diamond''). Pemain-pemain dalam pasukan memukul bergilir-gilir cuba memukul bola yang dilontar oleh pelempar dari pasukan lain, iaitu pasukan pemadang. Pasukan pemadang pula cuba menghalang pasukan pemukul daripada mengumpul markah dengan "mematikan" (''out'') pemukul-pemukul melalui cara-cara tertentu. Kedua-dua pasukan beralih antara memukul dan memadang setiap kali pasukan memadang berjaya mematikan tiga pemukul. Pasukan-pasukan mempunyai sembilan giliran (atau dikenali sebagai "pusingan," ''inning'') untuk memukul dan memadang. Biasanya (terutamanya pada tahap profesional), satu perlawanan terdiri daripada sembilan pusingan. Pasukan yang berjaya mengumpulkan markah terbanyak selepas pusingan terakhir menang.
 
Besbol dianggap sebagai [[sukan]] pasukan yang paling popular di [[Jepun]] dan [[Cuba]], serta antara paling popular di [[Amerika Syarikat]]. Liga profesional besbol di [[Amerika Utara]] dikenali sebagai [[Major League Baseball]] (MLB). Kejuaraan MLB dipertikaikan antara dua pasukan dalam satu siri perlawanan yang dikenali sebagai [[World Series]]. Besbol menjadi sukan [[Sukan Olimpik|Olimpik]] pada pada [[1992]] tetapi dikeluarkan sejak [[2008]]. Sejak [[2005]], [[Klasik Besbol Dunia]] (World Baseball Classic) diadakan setiap empat tahun dan merupakan kejohanan dunia antara pasukan negara utama dalam sukan ini.
 
== Sejarah ==