Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Kuala Lumpur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Baris 67:
Integriti 廉
 
Kesedaran 耻|TarikhRasmi=1919|Pengetua=Encik Goh Chee Chiang|GPK HEM=Puan Chai Tin Cheow|GPK PTG=Puan Chan Mai Moi|GPK KOKO=Cik Tan MeeWei GuatChin|Kod sekolah=WEB0247|Bandar=Jalan Gombak, [[Kuala Lumpur]]|GPK 1=Cik Low Siow Ngo|GPK PRA-U=Encik LeeTan BokChee GuiSien|Negara={{MAS}}|Jenis Sekolah=[[Sekolah Menengah Kebangsaan]], [[Sekolah Kerajaan]]|Telefon=603-40232411|Faks=603-40235459}}
'''Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa (CfCF)''' juga dikenali sebagai '''SMJK Chong Hwa''', merupakan sebuah Sekolah Menengah yang terletak di Jalan Gombak, [[Kuala Lumpur]].
 
== Sejarah ==
Pada 2009, SMJK Chong Hwa memiliki 1223 pelajar lelaki dan 1162 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2385 orang. Ia mempunyai seramai 130 orang guru.<sup>2009</sup>
 
==Sejarah= Tahun 1919 ===
Sekolah itu telah ditubuhkan dengan dan operasi bermula dengan menyewa tiga bangunan dua tingkat di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur kerana ketika itu sekolah ini tidak memiliki tanah sendiri. Hasil dari peningkatan bilangan pelajar, Lembaga Pengarah mengumpul dana untuk membeli sebuah harta tanah di mana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa atau SRJK(C) Chong Hwa terletak pada hari ini iaitu di tepi Jalan Pahang, Setapak, Kuala Lumpur.
 
=== Tahun 1922 ===
Kawasan sekolah ini ketika itu hanya disediakan dengan hanya empat bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah perpustakaan. Namun, bilangan kemasukan pelajar ke sekolah ini semakin meningkat setiap tahun. Perkara sedemikian telah menyebabkan sekolah kekurangan kemudahan yang sebegitu banyak sehingga pada tahun 1937, sekolah ini tidak lagi mampu menampung peningkatan bilangan pelajar.
 
=== Tahun 1938 ===
Sekolah ini akhirnya telah membina sebuah bangunan dua tingkat yang lebih kukuh kerana pembinaan diperbuat daripada batu-bata. Sekolah ini akhirnya mampu menampung dua kali ganda bilangan pelajar pada tahun 1937.
 
=== Tahun 1939 ===
Sekolah pendidikan pertama ditubuhkan dan secara rasminya dinamakan Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Cina Selangor. Encik Liang Long Guang (梁龙光) merupakan pengetua pertama sekolah ini. Tidak lama kemudian, lagu sekolah itu disusun dengan seorang bantuan guru muzik iaitu Encik Chen Luo Han (陈 洛 汉). Sekolah menengah pula mula memperkenalkan aliran seni dan sains dan reputasinya sekolah ini meningkat dari semasa ke semasa. Sekolah ini mempunyai lebih daripada 900 pelajar yang berasal dari Vietnam, Thailand dan Indonesia.
 
=== Tahun 1940 ===
Encik Liu Jing Sheng (刘经生) dilantik sebagai pengetua sekolah yang baharu selepas perletakan jawatan Encik Liang Long Guang. Disebabkan oleh Akta Pendidikan pada masa itu, sekolah menengah perlu dipindahkan ke Jalan Gombak iaitu 3.2km dari kedudukan asal sekolah.
 
=== Tahun 1941 ===
Sekolah ini terpaksa ditutup kerana ketika itu dunia telah digegarkan dengan Perang Dunia Kedua dan Perang Pasifik. Sekolah ini telah dimusnahkan semasa peperangan dan apa yang ditinggalkan adalah runtuhan. Segala buku teks, instrumen, alat bantu mengajar dan usaha selama bertahun-tahun telah hancur.
 
=== Tahun 1945 ===
Selepas pengunduran semula Tanah Melayu pada tahun 1945, sekolah rendah dibuka semula pada 1 November 1945 manakal sekolah menengah pula dibuka semula pada 26 Mac 1946. Sekolah menengah telah dibangunkan buat sementara waktu di seberang sekolah rendah.
 
=== Tahun 1954 ===
Di bawah pentadbiran Encik Ye Shao Chun (叶少春), sekolah ini telah meningkatkan bilangan pelajar kepada 2,000 orang pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat bilik darjah yang tidak mencukupi dan pembinaan kampus baharu tidak dapat dimulakan. Pada tahun berikutnya, sekolah menengah terpaksa meminjam 16 bilik darjah dari sekolah rendah kerana bilangan pelajar yang semakin meningkat.
 
=== Tahun 1957 ===
Pembinaan sekolah menengah di Jalan Gombak yang baharu itu akhirnya dimulakan dan telah selesai pada Julai 1958. Sekolah itu kemudiannya berkembang kepada 30 bilik darjah dan bilangan pelajar meningkat kepada 1,300 orang pelajar. Sekolah rendah mula menerima subsidi dari kerajaan dan menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Secara tidak langsung, sekolah menengah terpaksa dipisahkan dari situ.
 
=== Tahun 1962 ===
Sekolah Menengah itu telah dibahagikan kepada Sekolah Menengah Kerajaan Cina (SMJK Chong Hwa) dan Chong Hwa Independent High School. Walau bagaimanapun kedua-dua sekolah ini berkongsi di tanah yang sama. Kedua-dua sekolah itu pada ketika itu mempunyai kelas sesi pagi dan petang.
 
=== Tahun 1979 ===
Encik Chen Di Long (陈迪隆) dilantik secara rasmi sebagai pengetua SMJK Chong Hwa.
 
=== Tahun 1982 ===
Sekolah Menengah Bebas Chong Hwa kemudiannya berpindah ke Jalan Ipoh, manakala SMJK Chong Hwa masih kekal di Jalan Gombak. Dari situ, sekolah ini terus berkembang.
 
=== Tahun 1985 ===
Kelas komputer mula diperkenalkan bersama dengan penganjuran Persekutuan Pelajar untuk menggalakkan para pelajar dan kakitangan sekolah untuk bekerjasama untuk memupuk semangat autonomi dan kesediaan, menghalang pengaruh sosial yang buruk kepada para pelajar yang akhirnya meningkatkan kualiti pelajar. Sepanjang tahun ini, sekolah ini sentiasa memperluaskan kemudahan sekolah demi memuatkan bilangan kemasukan para pelajar yang ramai.
 
=== Tahun 1994 ===
Tiga auditorium berhawa dingin telah dibina untuk menyediakan persekitaran sekolah yang lebih baik. Pada 8 September 1994, Encik Li Yu Chai (黎煜才) dilantik sebagai pengetua bertindak selepas persaraan Encik Chen Di Long. Encik Chen Bao Wu (陈宝武) kemudiannya secara rasmi mengambil jawatan pengetua sekolah pada tahun berikut.
 
=== Tahun 1999 ===
Sekolah ini mula menyediakan 4 bilik darjah yang selesa untuk menyediakan pelajar tingkatan enam dengan persekitaran yang selesa untuk belajar. Pada tahun yang sama, sekolah juga telah membaikpulih gelanggang bola keranjang yang sering digunakan untuk aktiviti sekolah. Pada 16 Oktober 1999, Encik Zhou Fu Chai (周福彩) dilantik sebagai pengetua sekolah selepas persaraan Encik Chen Bao Wu pada 8 Ogos tahun itu. Encik Zhou Fu Chai telah membawa SMJK Chong Hwa menjadi satu lagi piawaian yang berdaya saing sepanjang 8 tahun berkhidmat sebagai pengetua sekolah.
 
=== Tahun 2008 ===
Encik Chen Bao Wu bersara pada 19 April 19, 2008 dan Cik Liu Yue Yao (刘玥瑶) dilantik sebagai pengetua sekolah yang baharu dan juga merupakan pengetua wanita pertama di sekolah.
 
=== Tahun 2009 ===
Cik Liu kemudian dipindahkan ke SMK La Salle, Sentul pada 23 Ogos 2009, yang kemudian digantikan oleh Encik Liang Jing Lai (梁金来). Malangnya, Encik Liang tidak fasih berbahasa Cina dan kemudiannya dipindahkan ke SMK St.John pada 15 November 2009. Pada 16 November 2009, Encik Chai Chit Chuen (蔡 植群) telah dilantik sebagai pengetua sekolah dan berkhidmat di sekolah sehingga tahun 2014.
 
=== Tahun 2012 ===
Encik Chai mendapati bahawa peningkatan pelajar sekolah semakin meningkat dan beliau bercadang untuk membina bangunan yang baharu. Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak pada 20 Januari 2012 iaitu ketika Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sekolah itu telah mengegarkan negara bahawa beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.
 
=== Tahun 2014 ===
Persaraan Encik Chai Chit Chuin telah digantikan oleh Encik Goh Chee Chiang (吴志强).
 
=== Tahun 2015 ===
SMJK Chong Hwa terus berkembang dengan membina sebuah dewan sekolah di belakang bangunan tengah sekolah. Dewan Sekolah tersebut telah siap dibina pada tahun 2017. Dewan Sekolah tersebut terdapat 14 bilik darjah, satu kantin sekolah dan satu dewan besar di tingkat atas yang mengandungi lapan gelanggang badminton.
 
=== Tahun 2017 ===
SMJK Chong Hwa telah memansuhkan sesi petang dan SMJK Chong Hwa mula melaksanakan pengajian satu sesi pada 5 Februari 2017. Sekaligus telah menyebabkan Penolong Kanan Petang, Puan Chan Mai Moi (陈美湄) terpaksa berpindah ke sekolah lain. Beberapa bulan kemudian, sekolah menerima arahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghentikan kemasukan pelajar tingkatan enam.
 
== Visi ==
SMJK Chong Hwa memartabatkan budaya ke arah kecemerlangan (提高文化层次,迈向灿烂前景).
 
== Misi ==
Baris 83 ⟶ 144:
# Memelihara dan mengekalan tradisi sekolah jenis kebangsaan yang mementingkan tiga bahasa.
 
== Peruntukan RM2.5 Juta ==
==Pencapaian ==
Kerajaan Malaysia mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Kerajaan telah meluluskan model pembangunan projek bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah lama." Peruntukan yang diberikan itu merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan melalui Belanjawan 2012 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina. "Sebagai Ah Jib Gor (abang), saya nak beri angpau kepada sekolah ini sebagai sumbangan ikhlas kepada rakyat." Katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
 
Turut mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan (Presiden MCA), Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Timbalan Menteri Pelajaran), Datuk Dr. Wee Ka Siong (Ahli Parlimen Wangsa Maju) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju, Datuk Mohd. Shafei Abdullah.
 
== Hari Sukan Sekolah ==
Sebelum tahun 2012, SMJK Chong Hwa mengadakan Hari Sukan di padang sekolah setiap tahun. Padang sekolah tersebut sebesar kira-kira 0.9 ekar tanah. Namun begitu, projek pembinaan bangunan baharu yang menggantikan kawasan padang sekolah. Hal ini demikian telah menyebabkan sekolah kekurangan kemudahan kesukanan. Dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan Hari Sukan Sekolah dengan menyewa Stadium Saidina Hamzah di Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setiap tahun bermula tahun 2012.
 
== Alamat==