Zaid Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 37:
| footnotes =
}}
'''Datuk Mohd Zaid Ibrahim''' (lahir 10 April 1951) ialah seorang peguam dan ahli politik berbangsa [[Malaysia]], yang pernah menjadi Menteri di [[Jabatan Perdana Menteri Malaysia]] untuk hal-ehwal perundangan dan pembaharuan kehakiman. Beliau pernah menjadi Senator dalam [[Dewan Negara]]. Beliau juga pengasas Zaid Ibrahim & Co., firma guaman swasta terbesar di [[Malaysia]].
 
Beliau pernah menyertai [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) pada tahun 2000, sehingga digantung keahlian pada 2 Disember 2008. Dalam UMNO, beliau menjadi Ahli Parlimen [[Kota Bharu]] mulai tahun 2004 hingga 2008. Selepas keluar dari UMNO, beliau menganggotai [[Parti Keadilan Rakyat]] pada tahun 2009 dan bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada tahun berikutnya, tetapi keluar dari parti itu pada November 2010 gara-gara kemelut yang dialami dalam pilihan raya parti PKR. Pada Disember 2010, Zaid menyertai [[Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air]] (dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia) dan dilantik sebagai presiden parti.