Astrofizik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
Kewujudan data cerapan yang jitu (kebanyakannya dari cerapan [[Tycho Brahe]]) membolehkan kajian terhadap penjelasan bagi perlakuan objek yang dicerap. Pada mulanya, hanya peraturan [[empirik]] yang dijumpai, iaitu [[hukum gerakan planet Kepler]], muncul pada awal [[abad ke-17]]. Abad seterusnya, [[Isaac Newton]] menyambungkan jurang antara hukum Kepler dan dinamik Galileo dan menemui hukum yang sama menguasai dinamik objek di Bumi turut menguasai gerakan planet dan bulan. [[Mekanik samawi]], penglibatan [[graviti]] Newton dan hukum Newton yang menerangkan hukum gerakan planet Kepler merupakan penyatuan fizik dan astronomi.
 
Selepas Isaac Newton menerbitkan bukunya, ''[[Philosophiae Naturalis Principia Mathematica]]'', pelayaran maritimemaritim telah berubah. Bermula sekitar [[1670]]-an, seluruh dunia telah dikira dengan menggunakan peralatan [[latitud]] moden dan [[jam]] yang terbaik ketika itu. Keperluan pelayaran itu lantas menyediakan panduan bagi pencerapan dan peralatan astronomi yang lebih tepat dan menyediakan lebih banyak latar belakang data bagi saintis.
 
Pada penghujung [[abad ke-19]], telah ditemui, apabila diasingkan cahaya daripada matahari, garisan spektrum telah diperhatikan (kawasan kurang datau tiada cahaya). Uji kaji dengan gas panas menunjukkan bahawa garis yang sama boleh dicerap dalam spektrum gas, garis tertentu yang mengaitkan dengan [[unsur kimia]]. Dengan cara ini, telah dinyatakan bahawa bahan kimia telah ditemui dalam matahari (kebanyakannya [[Hidrogen]]) yang turut terdapat di Bumi. Malah, unsur [[helium]] pertama kali ditemui di matahari dan kemudian di Bumi, yang menjadikannya nama unsur tersebut. Ketika [[abad ke-20]], [[spektroskopi]] (kajian tentang garis spektrum) berkembang, lebih lagi setelah kemunclan [[fizik kuantum]] yang amat diperlukan untuk memahami cerapan uji kaji dan astronomi.<ref>[http://www.arxiv.org/abs/astro-ph/9711066 Frontiers of Astrophysics: Workshop Summary], H. Falcke, P. L. Biermann</ref>
[[kategori: Astronomi]]