Vandal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Vandal''' ialah [[kabilahpuak Jerman Timur]] yang memasuki [[Empayar Rom]] semasa kurun ke-5. [[Theodoric the Great]] yang berbangsa [[Goth]], raja bangsa [[Ostrogoth]] dan mangkubumi kerajaan [[Visigoth]] telah bersekutu dengan bangsa Vandal melalui ikatan perkahwinan, begitu juga dengan bangsa [[Burgundy]] dan bangsa [[Frank]] yang diperintah [[Clovis I]].
 
== Asal-usul dan sejarah awal ==
Sebahagian ahli arkeologi dan sejarawan mengenalpasti bangsa Vandal dengan kebudayaan [[Przeworsk]], tetapi kontroversi menyelubungi hubungan yang mungkin antara bangsa Vandal dengan bangsa-bangsa lain, berkemungkinan sebuah kabilah Jerman, [[Lugii]] yang dirujuk oleh penulis-penulis Rom sebagai penghuni kawasan tersebut. Sesetengah ahli akademik percaya bahawa samada Lugii adalah nama lama bagi bangsa Vandal atau bangsa Vandal adalah sebahagian daripada persekutuan Lugii. [[Jordanes]] merujuk bangsa Vandal sebagai penutur bahasa Goth (salah satu bahasa Jerman Timur), dan asal-usul nama itu menyokong tanggapan bahawa bahasa Vandal hampir berkait dengan bahasa Goth.
 
Persamaan-persamaan antara nama-nama itu kadang-kala mengundang rujukan spekulasi terhadap tanahairtanah air bangsa Vandal di [[Norway]] (Hallingdal), [[Sweden]] (Vendel) atau [[Denmark]] (Vendsyssel). Diandaikan bahawa bangsa Vandal menrentasi [[Baltik]] ke [[Poland]] pada kurun ke-2 SM, dan menetap di [[Silesia]] dari sekitar tahun 120 SM. [[Tacitus]] mencatatkan kewujudan mereka di antara sungai Oder dan sungai Vistula dalam bukunya, ''Germania'' (tahun 98 M); idenfikasi beliau disahkan sejarawan selepas beliau: menurut Jordanes, mereka dan bangsa [[Rugii]] disingkirkan oleh ketibaan bangsa Goth. Tradisi ini menyokong identifikasi bangsa Vandal dengan kebudayaan Przeworsk kerana kebudayaan [[Wielbark]] bangsa Goth kelihatan mengambil alih satu cabang kebudayaan tersebut.
 
Sebahagian penulis [[Zaman Pertengahan]] menggunakan istilah "Vandal" untuk merujuk kepada orang-orang [[Slav]] seperti Wend, Losatian dan Pole.