Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 264:
Sultan Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, [[Sultan Abdul Hamid Halim Shah]] di [[Anak Bukit]], [[Alor Setar]], [[Kedah]] sebagai Tunku Abdul Halim. Paduka ayahanda baginda, Raja Muda Kedah (kemudian Sultan Badlishah), merupakan paduka putera ketujuh Sultan Abdul Hamid Halim. Paduka bonda baginda, Nai Sofia binti Abdullah, muallaf dari negeri Siam. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
 
Baginda merupakan lepasan pelajar Kolej Wadham, [[Oxford]], di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.<ref>Ibrahim Ismail (1987) ''Sejarah Kedah Sepintas Lalu'' m/s. 209 Penerbit UUM</ref> Baginda mewarisi takhta Kedah daripada ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.<ref>Ibrahim Ismail (1987) Op Cit m/s. 214–218</ref>
 
Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada [[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj|Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj]] ([[Perdana Menteri Malaysia]] Pertama).<ref>{{Citenews|url=http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm|title=Salasilah Kesultanan Kedah|date=2 Jun 2012|work=|newspaper=[[KOSMO!|Kosmoǃ Online]]|archive-url=http://web.archive.org/web/20130403130839/http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm|archive-date=3 April 2013|dead-url=no|access-date=6 Jun 2013|via=|last=Ahmad Syahir Kassim|first=|last2=Norlida Akmar Idros}}</ref>