Graptemys geographica: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amanhasler (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Speciesbox | image = Northern Map Turtle.jpg | image_caption = Gatineau, Quebec | status = LC | status_system = IUCN3.1 | genus = Graptemys | spec...'
 
Amanhasler (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
==Ciri-ciri==
[[File:Northern Map Turtles.jpg|thumb|left|Lima ekor kura-kura sedang berjemur, Ottawa, Ontario]]
'''Kura-kura Peta Utara''' mendapat namanya berdasarkan corak pada kulit dan [[karapas]] (cangkerang) yang bercorak seakan-akan garisan kontur pada peta.<ref name= "COSEWIC_Report">[http://www.sararegistry.gc.ca/virtual_sara/files/cosewic/sr_northern_map_turtle_e.pdf : Status Report of the Northern Map Turtle] Committee on the Status of Endangered Wildlife in Canada</ref> Garisan pada karapasya mempunyai warna kuning, tan, atau jingga dengan dikelilingi garisan gelap. Keseluruhan karapas berwarna zaitun atau kelabu-coklat. Corak pada kura-kura dewasa biasanya pudar namun akan jelas kelihatan apabila basah. Bentuk kawapasnya adalah hidrodinamik, lebar dan sedikit rendah. Dihujungnya pula bergerigi. [[Plastron]] (cangkerang dada) berwarna kuning dengan tanda gelap pada bahagian tengahnya yang mengikut sutur pada skut plastral dan beransur-ansur hilang apabila dewasa. Kepala, leher dan kakinya berwarna zaitun-gelap, coklat, atau hitam dengan garisan kuning atau hijau. Terdapat titik bujur atau segitiga di belakang mata. Sama seperti [[Graptemys|Kura-kura Peta]] lain, spesies ini mempunyai ciri-ciri [[Dimorfisme seksual]] yang ketara<ref name="Ernst and Lovich G.geog."/>, di mana kura-kura jantan lebih kecil berbanding betina, iaitu {{convert|10|-|16|cm|in|abbr=on}} panjang dengan berat antara {{convert|150|-|400|g|oz|abbr=on}}. Manakala betina pula, {{convert|18|-|27|cm|in|abbr=on}} panjang dengan berat sekitar {{convert|0.67|-|2.5|kg|lbs|abbr=on}}. Kura-kura betina mempunyai kepala lebih besar berbanding jantan serta cara pemakanan yang berbeza.<ref name="Ernst and Lovich G.geog.">Ernst, C.H., and J.E. Lovich. (2009). ''Turtles of the United States and Canada.'' 2nd Edition. Washington: Smithsonian Institution Press. (''Graptemys geographica'', pp. 293-302.)</ref> Karapas kura-kura jantan lebih sempit. Kepalanya juga lebih kecil dan memiliki ekor lebih tebal dan panjang. Kloakanya berada di hujung ekor. Kura-kura muda mempunyai lunas lebih tinggi. Anak kura-kura yang baru lahirmenetas mempunyai karapas yang lebih bulat, bersaiz sekitar {{convert|2.5|cm|in|abbr=on}} panjang.
 
[[File:Northern Map Turtle, plastron.jpg|thumb|left|Plastron Kura-kura dewasa]]
Baris 38:
[[File:Northern Map Turtle, sunning.jpg|thumb|left|Berjemur]]
 
==Ekologi dan kelakuan==
Kura-kura ini menjadi dorman bermula bulan November sehingga April bergantung kepada cuaca tempatan. Mereka menghabiskan masa di dalam air apabila tiba musim sejuk tanpa naik ke permukaan untuk bernafas, terutamanya apabila permukaan air dilitupi ais. Kura-kura dewasa akan berhibernasi di celah-celah batu dan kayu di dasar sungai.<ref name="COSEWIC_Report"/> Haiwan ini mencipta ruang hibernasi dipenuhi oleh oksigen untuk kekal hidup sepanjang musim sejuk di dalam air.<ref name="Ernst and Lovich G.geog."/> Haiwan ini juga kerap berjemur secara berkumpulan. Mereka bersifat [[diurnal]] dan sering berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman pemangsa; mereka terus menyusup ke dalam air untuk bersembunyi apabila merasakan wujud bahaya.
 
==Pembiakan==
Kura-kura ini mula mengawan apabila tiba musim bunga dan luruh. Proses mengawan berlaku di dalam air. Manakala musim bertelur bermula dari bulan Mei ke Julai. Biasanya kawasan terik dan berpasir dipilih untuk dijadikan sarang telur. Kura-kura betina akan memilih tempat-tempat yang berdekatan air untuk bertelur. Sarang digali meggunakan kaki belakang. Sebanyak 6 hingga 20 biji telur dihasilkan. [[Telur]]nya bujur, kira-kira {{convert|3.2|cm|in|abbr=on}} panjang, dan mempunyai cangkerang yang fleksibel. Lubang dikambus semula selepas bertelur. Tempoh penetasan bermula selepas 50 ke 70 hari ia dihasilkan, dan kebanyakan anak kura-kura menetas sekitar bulan Ogos hingga September. Jika tempoh penetasan lewat, anak kura-kura akan bersedia untuk menghadapi musim sejuk. Kura-kura betina biasanya boleh menghasilkan dua sangkak penetasan dalam satu musim. Jantina kura-kura yang menetas ditentukan oleh suhu persekitaran. Pada suhu 25&nbsp;°C, kebanyakan telur menghasilkan kura-kura jantan, manakala kura-kura betina biasanya lahir ketika suhu sekitar 30-35&nbsp;°C.
 
==Diet==
Kura-kura ini lebih cenderung bersifat [[maging]]. Kura-kura betina dewasa mempunyai kepala dan alveolar yang lebar bagi memudahkan ia memecahkan makanan yang masuk ke dalam mulutnya seperti [[moluska]], serangga dan [[udang]] kecil.<ref name="Ernst and Lovich G.geog."/> Kura-kura jantan mempunyai saiz badan dan kepala yang lebih kecil, mengonsumsi mangsa yang lebih kecil<ref name="Ernst and Lovich G.geog."/> Proses makan pula dilakukan dalam air. Antara makanan yang menjadi sumber utama kura-kura betina ialah tempat yang dipenuhi oleh spesies moluska seperti [[kupang zebra]] dan kima asia, ''([[Corbicula fluminea]])''.<ref>Lindeman, P.V. (2006). Zebra and quagga mussels (''Dreissena'' spp.) and other prey of a Lake Erie population of common map turtles (Emydidae: ''Graptemys geographica''). ''Copeia'' 2006(2):268-273.</ref>
 
==Status pemuliharaan dan perlindungan==
Kura-kura Peta ialah spesies yang sangat bertahan.<ref>Pritchard, P.C.H. 1997. "Conservation strategies - an overview: Implications for management". pp. 467-471 ''In'': Proceedings: Conservation, Restoration, and Management of Tortoises and Turtles - An International Conference. New York Turtle and Tortoise Society.</ref> Malangnya, aktiviti manusia seperti membangunkan kawasan rekreasi sedikit sebanyak menggugat kelangsungan hidup haiwan ini.<ref>St. Lawrence Centre (1996). State of the Environment Report on the St. Lawrence River. Volume 1: The St. Lawrence Ecosystem. Environment Canada - Quebec Region, Environmental Conservation, and Editions MultiMondes, Montreal. "St. Lawrence UPDATE" series.</ref> Walaupun populasinya semakin merosot di kebanyakan kawasan yang dibangunkan, namun mereka masih lagi kekal dan banyak ditemui di sesetengah kawasan semulajadi yang lain.<ref name="Ernst and Lovich G.geog."/> Malah, spesies ini juga disenaraikan sebagai "kurang membimbangkan" oleh [[International Union for Conservation of Nature|IUCN]].
 
==Rujukan==