Tarian Menora: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asraf14 (bincang | sumb.)
Dicipta dengan menterjemah laman "Menora (dance)"
 
Asraf14 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Menora''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]]: '''منورا''') atau '''Tarian Menora''' adalah sejenis dramatari tarian dan nyanyian yang berasal dari wilayah Melayu lama di Semenanjung Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai negeri-negeri [[Malaysia]] Utara dan [[Thailand Selatan]]. Menora turut dieja dalam bahasa Siam sebagai ''Manora'' (มโนราห์, มโนห์รา) atau ''Nora'' (โนรา).<ref name="reference 1">{{Cite web|url=http://musicmall-asia.com/malaysia/folk/menora.html|title=Music for Theater: Menora|year=2004|publisher=Musicmall Production Pte Ltd|access-date=24 September 2010}}</ref>
 
Secara umumnya, ciri-ciri asas tarian Menora ini termasuklah pembacaan jampi pemujaan yang panjang berjela, tarian oleh watak utama, pengkisahan drama atau lakonan pendek. Langkah pergerakan tarian Menora ditarikan dengan pergerakan anggota tubuh yang bersendi terutamanya bahagian lengan tangan, jari-jemari dan kaki secara perlahan mengikut rentak lagu yang didendangkan.<ref name="reference 2">{{Cite book|title=The Garland Handbook of Southeast Asian Music|last=Terry Miller & Sean Williams|publisher=Routledge|year=2008|isbn=978-0-415-96075-5|page=229}}</ref> Himpunan kisah-kisah dalam persembahan tarian Menora ini berdasarkan legenda zaman Melayu lama yang ketika itu masih menganut agama Hindu-Buddha seperti legenda Manohara yang diambil berdasarkan dongengan Jataka yang berunsur Buddha dan telah sebati dengan masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman.<ref>{{Cite web|url=http://www.dancemalaysia.com/Dance/Traditional/Malay_Theatre/Menora/menora.htm|title=Menora|publisher=Dance Malaysia|access-date=24 September 2010}}</ref>
 
== Gerak-geri Tarian dan Nyanyian ==
Cara tarian Menora Melayu di negeri-negeri [[Pantai Timur, Semenanjung Malaysia]] seperti [[Kelantan]] dan [[Terengganu]] banyak menggabungkan penggunaan [[bahasa Melayu]] dan gaya gerakan [[Mak Yong|tarian Mak Yong]]. Sementara di negeri [[Kedah]] dan [[Perlis]] pula, tarian Menora dipersembahkan dalam campuran bahasa Melayu dan bahasa Siam, akan tetapi masih berpegang teguh dengan tatacara gaya pengkisahan yang unik bagi negeri Malaysia utara danserta menggabungkan beberapa unsur-unsur [[Jikey]] dan [[Mek Mulung]].<ref name="reference 2">{{Cite book|title=The Garland Handbook of Southeast Asian Music|last=Terry Miller & Sean Williams|publisher=Routledge|year=2008|isbn=978-0-415-96075-5|page=229}}</ref> Persembahan di Thailand Selatan pula mengikut geraktari negeri-negeri Malaysia yang berjiranan dengan tempatnya.
 
== Alatan Muzik ==
Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian Menora ini terdiri daripada sepasang [[canang]], sepasang [[kesi]], pinai, cerek (sepasang kayu buluh), geduk, dan 2 buah gedombak .<ref name="reference 1">{{Cite web|url=http://musicmall-asia.com/malaysia/folk/menora.html|title=Music for Theater: Menora|year=2004|publisher=Musicmall Production Pte Ltd|access-date=24 September 2010}}</ref>
 
== Pakaian ==
Pakaian penari Menora ini berilhamkan daripada legenda manusia separuh burung. Penari utama yang digelar sebagai Menora memakai kecopong, sejenis mahkota tinggi yang diperbuat daripada logam lembut. Terdapat dua jenis kecopong iaitu kecopong Melayu dan kecopong Siam. Kecopong Melayu mempunyai 16 bucu di dasarnya yang berbentuk bulat, mempunyai pom-pom, bertelinga runcing dan bersubang manakala kecopong Siam pula mempunyai banyak tingkat dan tirus seperti pucuk rebung di pangkal menaranya. Baju yang dipakai oleh penari Menora berwarna-warni dan berjurai dibuat daripada manik. Pada asalnya, penari tidak sebarang baju di bawah juraian manik tersebut akan tetapi pada zaman moden, baju tanpa lengan digunakan bersama-sama dan berkain selendang. Di bahagian pinggul penari pula dipakaikan dengan ekor keras manik berjurai yang berbucu pom-pom serta diselitkan bersama tali pinggang dan sayap kain lepas. Bagi penari lelaki, seluar longgar akan digunakan yang beralas manik berjurai manakala penari perempuan pula sama seperti penari lelaki cuma tidak mengenakan kecopong. Aksesori tambahan untuk melengkapkan busana penari Menora adalah gelang lengan, gelang tangan dan kuku cakar. Kuku cakar sepanjang 2 - 5 inci yang melentik di hujung diperbuat daripada logam lembut turut dipakai oleh penarinya. Sarung kaki separas lutut berwarna putih digunakan bagi penari Menora Melayu manakala penari Menora Siam tidak beralas.
 
== Rujukan ==